Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Bangi, 12 April 2018 – Kluster Sains Dakwah dan Pengurusan Masjid telah menganjurkan Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Imam pada 11 dan 12 April 2018 bertempat di Bilik al-Biruni, Blok Akademik B, ILIM Bangi.

Seramai 19 orang peserta terdiri dari penjawat awam yang bertugas sebagai Imam di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Agensi Antidadah Kebangsaan dan pegawai-pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bacaan al-Quran para imam agar menepati bacaan menurut riwayat Hafs ‘an ‘Asim dan meningkatkan kualiti hafazan ayat-ayat al-Quran para imam.  Sepanjang sesi kursus, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi bacaan Al-Quran bersama fasilitator untuk membantu dalam memantapkan lagi bacaan mereka.

Para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan dan menyatakan minat untuk terus mengikutinya pada siri-siri yang akan datang.

tahsin1

tahsin2