LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

MENGENAI

PROGRAM MUNAJAT SUSULAN MUSIBAH BANJIR

Bil. 31 /2022

  1. Susulan Kenyataan Media YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd. Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini mengenai saranan kepada umat Islam untuk terus berdoa dan bermunajat memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir, JAKIM akan mengadakan Bacaan Yaa Sin, Solat Hajat dan Doa Selamat di tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Program tersebut akan diadakan serentak pada 22 Disember 2022 (Khamis) selepas Solat Maghrib.

  2. JAKIM turut menjemput dan mengesyorkan semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara untuk turut sama mengadakan program seumpamanya agar kesatuan usaha dan doa seluruh umat akan menambahkan lagi keberkatan doa.

 
Sekian.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD. YUSOFF
Ketua Pengarah
21 Disember 2022