Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah salah satu dokumen wajib yang perlu dikemukakan oleh warga asing kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memenuhi prosedur pemberian kemudahan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK). Pas Lawatan (Ikhtisas) adalah satu pengesahan sama ada dalam bentuk cop atau pelekat yang dikeluarkan oleh JIM kepada warganegara asing yang ingin bertugas dan menjalankan kerja-kerja khusus untuk jangka masa singkat di Malaysia. Pas Lawatan (Ikhtisas) bagi kategori ini dikeluarkan kepada warganegara asing yang ingin berkhidmat sebagai guru agama dan pelajar asing yang ingin mengikuti pengajian Islam di Malaysia bagi yang berkelayakan serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan. JAKIM bertindak sebagai urus setia mengendalikannya secara manual semenjak tahun 1995 sehingga pengurusan ini dinaik taraf secara medium online yang telah diguna pakai sepenuhnya pada tahun 2016. Sistem ini merupakan sistem perkongsian pintar antara JAKIM dengan agensi luar yang terdiri dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Mufti, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masing-masing berperanan dalam melaksanakan proses permohonan ini sehingga Surat Sokongan Pas Lawatan Ikhtisas dikeluarkan oleh JAKIM.