Mesyuarat Perancangan Cawangan Muamalat Dan Sosio Ekonomi (CMSE) Kali Ke-6

Bagi memantapkan perancangan dan penyelarasan aktiviti, satu Mesyuarat Perancangan dan Penyelarasan aktiviti Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE) Kali Ke-6/2010 telah diadakan dengan jayanya pada 13 Mei 2010 bermula pada jam 9.45 pagi, bertempat di bilik Mesyuarat Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, aras 6, blok D7.
 
Mesyuarat pada kali ini dihadiri seramai lapan kakitangan termasuk dua pelajar praktikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Darul Iman (Unis0ZA). Aktiviti yang diberikan perhatian dalam mesyuarat ini mengenai makluman beberapa program yang telah dijalankan pada bulan Mei antaranya Seminar Perbankan Islam Kepada Pegawai-pegawai Kerajaan pada 10 Mei 2010 di Auditorium Aras 5, D8 serta Muzakarah Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali ke-6 pada 31 Mei 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya.
 
Selain itu, warga CMSE turut membentangkan laporan-laporan serta aktiviti gerak kerja pada bulan April/Mei. Sementara mengenai hal-hal lain, warga CMSE melaporkan laporan perancangan pada bulan Mei/Jun. Pada akhir mesyuarat ini, diadakan Post Mortem Seminar Perbankan Islam kepada Pegawai-pegawai Kerajaan dan Muzakarah Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali ke-6. Pengerusi turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua warga CMSE kerana telah berjaya menganjurkan program-program serta memberi semangat untuk bekerja dengan lebih kemas dan bersistematik.