Tarikh Disiarkan:
20 Mar, 2013
Sumber:
Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 20 Mac - Bayaran bagi transaksi dalam talian GIRO antara bank (intrabank GIRO) akan dikurangkan kepada 10 sen, berbanding RM2 ketika ini berkuatkuasa 2 Mei ini.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, pengurangan bayaran itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan medium dalam talian, sekali gus mengurangkan penggunaan kertas.