Archive - 2010 - Berita

Kewangan Islam Diperkasakan, Institusi Fatwa Dimantapkan.

 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama dengan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) telah menganjurkan Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Bengkel Eksekutif ini telah diadakan pada 27hb, 28hb dan 29hb September 2010 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Bengkel Eksekutif 3 hari ini telah dihadiri oleh para Mufti serta Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa dari seluruh negeri-negeri di Malaysia seramai 35 orang peserta.

September 30th

e-Muamalat “Memacu Transformasi Kewangan Islam”

Kepesatan pembangunan industri kewangan Islam yang meliputi sektor perbankan, takaful, pasaran modal, al-rahn, pengurusan harta amanah dan sebagainya menyemarakkan lagi anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada instrumen atau produk kewangan Islam yang kini mula mendapat tempat di hati mereka. Perkembangan ini telah menimbulkan banyak persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat negara ini berkaitan status hukum bagi transaksi-transaksi dan instrumen-instrumen kewangan yang berada di pasaran.

August 13th

Kewangan Islam: Cabaran Dan Harapan-KP Jakim

KUALA LUMPUR – Sistem Kewangan Islam wajar diperkasa kedudukan dan peranannya berteraskan prinsip Islamik yang tidak membebankan pengguna, mesra pelanggan, menyekat sebarang bentuk penindasan malah menjadi sistem pilihan bukan sahaja kepada umat Islam malah bukan Islam.
 

June 9th

KONVENSYEN FARAID DAN HIBAH KEBANGSAAN 2008

YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan pada 7 Ogos 2008 yang lalu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.
 
 
Y.B Menteri Bersalaman Dengan Para Tetamu

June 8th

Muzakarah Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-4

 
JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-4 pada 16-18 April 2008, bertempat di Hotel Renaissance, Melaka. Ia telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 

Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar Anjuran Jakim Dan UKM Dengan Kerjasama MAIWP

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya menganjurkan Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009, pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadhan 1430H, di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.
 

Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-3

Sebagaimana yang telah maklum, JAKIM sebagai sebuah agensi pusat dalam pengurusan hal ehwal Islam. Ia berperanan memurni dan mewujudkan penyelarasan di antara intitusi-institusi Kewangaan di Malaysia. Dengan hasrat tersebut Bahagian Penyelidikan JAKIM telah mengadakan program Muzakarah Ahli-Ahli majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali Ke-3 pada 9 – 11 Mei 2007, bertempat di Hotel Royal Aldephi, Seremban, Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdullah Bin Md. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

June 7th