Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama dengan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) telah menganjurkan Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Bengkel Eksekutif ini telah diadakan pada 27hb, 28hb dan 29hb September 2010 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Bengkel Eksekutif 3 hari ini telah dihadiri oleh para Mufti serta Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa dari seluruh negeri-negeri di Malaysia seramai 35 orang peserta.