Archive

September 12th, 2012

Bajet 2013 pastikan ekonomi mapan

Tarikh Disiarkan: 
12 Sep, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
 
Kuala Lumpur: Bajet 2013 bukan hanya menjadi pembentangan peruntukan belanjawan tahunan tetapi akan menyediakan asas konkrit bagi membangunkan pelan dan dasar jangka panjang bagi memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. 

Beliau berkata kerajaan, menerusi Kementerian Kewangan, sedang menimbang dengan serius semua bahagian tumpuan dalam bajet, mengambil kira semua faktor luaran seperti kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah. 

Minda Pengarang: Bajet penuhi keperluan semua dinanti

Tarikh Disiarkan: 
11 Sep, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
 
Rakyat menaruh harapan tinggi pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini. Ketika suasana ekonomi dan persekitaran global yang tidak menentu, kerajaan diharap memberi pertimbangan untuk terus merangsang sektor kewangan dan pelaburan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang. 

September 10th

Lengkap ilmu emas

Tarikh Disiarkan: 
10 Sep, 2012
Sumber: 
Harian Metro Online
 
SEJAK kebelakangan ini, cerita mengenai pelaburan emas semakin mendapat perhatian dan lebih banyak individu mula memilihnya sebagai medium pelaburan jangka panjang.
 
Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui cara betul untuk melabur dalam komoditi itu, malah lebih membimbangkan apabila semakin banyak syarikat menawarkan skim pelaburan di laman sosial dan memaparkan longgokan emas untuk menarik pelabur.

September 9th

Agihan wang zakat perlu gaya baru

Tarikh Disiarkan: 
9 Sep, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Contohi projek bantuan di Terengganu

Penambahan populasi yang terus meningkat antara cabaran paling kritikal yang dihadapi komuniti global. Pelbagai masalah yang timbul – termasuk penyediaan makanan dan perumahan – di banyak negara Asia dan Afrika, menjadikan cabaran ini, tidak mungkin dapat diselesaikan. 

 

Ke arah pendapatan seimbang

Tarikh Disiarkan: 
9 Sep, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 7 Sept. - Seorang penganalisis ekonomi meramalkan Bajet 2013 yang bakal dibentangkan di Parlimen hujung bulan ini akan menumpukan kepada usaha pengagihan pendapatan seimbang ke arah membawa kemakmuran terutama kepada masyarakat berpendapatan rendah.
 

Menjelang Bajet 2013: 'Jual kuota Bumiputera'

Tarikh Disiarkan: 
5 Sep, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Mekanisme perlu dirangka elak pemaju tanggung kos pegangan 

Petaling Jaya: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) mencadangkan kerajaan menyediakan sebuah mekanisme berstruktur bagi membolehkan pemaju perumahan melepaskan kuota hartanah Bumiputera yang tidak terjual. 

 

September 8th

Kenaikan semua kos punca harga rumah melonjak

Tarikh Disiarkan: 
1 Sep, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) hari ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan kenaikan harga rumah di bandar adalah disebabkan manipulasi harga oleh pemain dalam industri tersebut.

Timbalan Presidennya Datuk FD Iskandar FD Mansor berkata, REHDA tidak pernah sesekali pun menentang kuota hartanah yang diperuntukkan kepada pembeli bumiputera, malah sentiasa menyokong dasar-dasar yang ditetapkan kerajaan Persekutuan.

September 7th

Kenaikan semua kos punca harga rumah melonjak

Tarikh Disiarkan: 
6 Sep, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
 

Minda Pengarang: Kerajaan perlu tegas kawal harga rumah

Tarikh Disiarkan: 
30 Aug, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Kerajaan tentunya sudah lama menyedari keluhan rakyat berhubung kenaikan melampau harga rumah, terutama sejak dua tahun lalu, namun setakat ini belum nampak petanda kenaikan itu dapat dikawal dengan berkesan. Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata kerajaan mungkin memperkenalkan dasar lebih ketat untuk mengawal kenaikan keterlaluan harga rumah. 

Wasiat mudahkan urusan selepas kematian

Tarikh Disiarkan: 
27 Aug, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Daripada Thalhah bin Musharrif, katanya: “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Adakah Rasulullah SAW berwasiat? Jawabnya: Tidak! Aku bertanya: Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya: Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Riwayat Muslim)