Archive

December 27th, 2012

Mengukur kemiskinan

Tarikh Disiarkan: 
12 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
KEMISKINAN adalah subjektif dan relatif. Sukar bagi kita menentukan seseorang itu fakir ataupun miskin. Ini kerana, ada orang yang kelihatan bahagia dan nampak senang, sedangkan dia mungkin kekurangan belanja. Ada juga orang yang nampak hebat bergaya, bertali leher dan berkereta besar, walhal pendapatannya benar-benar cukup makan. Maka, kaya atau miskin sukar ditentukan dek mata kasar. Bagaimanakah institusi zakat mentakrifkan golongan ini?
 
Jawapan

Syarikat pelaburan emas tiada kaitan jualan langsung

Tarikh Disiarkan: 
27 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Mana-mana syarikat yang menjalankan skim pelaburan termasuk menggunakan emas tidak ada kaitan dengan perniagaan jualan langsung kerana kedua-duanya mempunyai cara pengendalian perniagaan berbeza.
 

December 21st

Waspada harta haram

Tarikh Disiarkan: 
19 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
 
IMAN ialah benteng diri daripada melakukan perkara maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT. Apabila tiada orang yang memerhati dan tiada mata yang melihat, maka tiada pertahanan diri yang paling kukuh melainkan iman yang membuahkan perasaan ihsan iaitu merasakan Allah SWT sedang mengawasi diri.
 

Jerat jualan murah

Tarikh Disiarkan: 
13 Dec, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Pengguna perlu bijak rancang perbelanjaan, elak terperangkap gimik tidak menguntungkan 

Promosi hujung tahun boleh dilihat di mana-mana. Perang poster beraneka rupa dan warna, pula ditampal, digantung, dipacak di mana saja lokasinya, selain dimasukkan dalam peti surat dengan tujuan menarik perhatian orang ramai berbelanja dan membuat perbandingan dari segi harga dan kualiti sesuatu produk. 

 

December 11th

70 peratus daftar sijil halal peniaga bukan Islam

Tarikh Disiarkan: 
11 Dec, 2012
Sumber: 
Sinarharian Online
 
KUALA LUMPUR - Kesedaran dalam kalangan peniaga Islam untuk mendapatkan sijil halal yang sah masih berada pada tahap yang rendah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

“Kebanyakan peniaga yang beragama Islam mempunyai anggapan dalam fikiran mereka, jika kita adalah orang Islam, kita tidak perlu mendapat sijil halal,” katanya di sini, semalam.

Cukai meningkat bukti ekonomi pesat

Tarikh Disiarkan: 
11 Dec, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Zanariah Abd Mutalib
 
Dr Mahathir yakin kutipan galak bina infrastruktur tarik pelabur

Cyberjaya: Kutipan cukai negara yang bertambah setiap tahun adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan yang cekap sehingga membolehkan ekonomi berkembang dengan pesat. 

 

Padah peroleh harta haram

Tarikh Disiarkan: 
10 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh AMINUDIN MANSOR
 
 
RASUAH adalah jenayah yang paling berbahaya dalam masyarakat dan negara. Jika gejala ini tidak diperangi secara serius rakyat dan negara akan hancur. Amalan rasuah menyebabkan seseorang itu sentiasa tamak, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak jujur dalam melaksanakan pekerjaan.
 

December 8th

Akta perbankan Islam, takaful tahun depan

Tarikh Disiarkan: 
7 Dec, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
Johor Bahru: Akta khusus bagi mengawal selia industri kewangan Islam dan takaful akan berkuat kuasa tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. 

Beliau berkata, rang undang-undang bagi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam dan Takaful itu sudah memasuki bacaan pertama dan kedua di Parlimen. 

Menyantuni si miskin

Tarikh Disiarkan: 
6 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
ADAKAH manusia boleh menolak kedatangan orang-orang miskin dan menyatakan bahawa kemiskinan itu boleh dihindari jika mereka berusaha untuk menjadi kaya. Apakah pandangan Islam jika ada orang yang bersifat demikian dan apakah caranya supaya manusia tidak memandang serong kepada orang-orang miskin?
 
Jawapan
 

December 6th

Akhlak usahawan berjaya

Tarikh Disiarkan: 
5 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
 
 
APABILA kita menyelusuri sirah Nabi SAW, kita akan dapati bahawa baginda pernah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kehebatan baginda dalam menguruskan perniagaannya menyebabkan Khadijah r.ha terpikat dan terpaut hati kepada baginda.