Archive

December 6th, 2012

Ekonomi Islam perlu perubahan

Tarikh Disiarkan: 
5 Dec, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
 
Johor Bahru: Datuk Seri Najib Razak semalam menggesa ekonomi Islam melakukan perubahan dengan memanfaatkan sumber terbesarnya iaitu generasi muda tanpa mengorbankan tradisi, keseimbangan dan pembangunan. 

Perdana Menteri berkata, golongan muda tidak seharusnya dilihat sebagai liabiliti, sebaliknya sebagai aset, sumber yang belum diteroka bagi membolehkan negara membangun dan moden.

 

Banyak hutang antara punca gejala rasuah

Tarikh Disiarkan: 
5 Dec, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
 
Bijak menguruskan aspek kewangan merupakan elemen penting yang harus dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi. Secara idealnya, anak-anak patut didedahkan dengan amalan berjimat cermat, menabung dan berbelanja mengikut keperluan. Ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik bagi menyemai nilai murni ini.

Genneva Malaysia syarikat bermasalah

Tarikh Disiarkan: 
4 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh AZMAN IBRAHIM 
pengarang@utusan.com.my
 
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Hasil serbuan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi penguatkuasa terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan haram menggunakan emas mendapati satu daripada syarikat itu iaitu Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia), merupakan syarikat yang bermasalah.
 

Peluang kedua warga muflis

Tarikh Disiarkan: 
4 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh Salleh Buang
 
PERDANA Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 pada petang Sabtu, 1 Disember lalu berkata bahawa “kerajaan akan membuat peraturan baharu berkaitan undang-undang kebankrapan kerana undang-undang sedia ada dilihat terlalu ketat."
 

Potensi besar kewangan Islam untuk berkembang - Najib

Tarikh Disiarkan: 
4 Dec, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
JOHOR BAHRU 4 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ber kata, kewangan Islam mempunyai potensi sangat besar untuk terus dikembangkan memandangkan sering mendapat pengiktirafan dari luar dunia Islam.
 
Beliau berkata, jika diteliti, kewangan Islam mempunyai sumber pembiayaan yang baik, selain lebih mencerminkan ekonomi sebenar, kurang spekulasi, mampu mewujudkan perkongsian dan kestabilan jangka panjang.

December 5th

Bila perlu tunaikan zakat pendapatan?

Tarikh Disiarkan: 
30 Nov, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
SAYA merasa keliru, bilakah waktu yang paling afdal untuk menunaikan zakat pendapatan? Adakah ia dibayar sebulan sekali, setahun sekali ataupun setiap kali mendapat gaji atau semasa mendapat bayaran? Harap penjelasan ustaz.
 
Jawapan
 

December 1st

Manfaat rancang harta

Tarikh Disiarkan: 
30 Nov, 2012
Sumber: 
Berita Harian Online
 
Memastikan kekayaan dibelanja di jalan dituntut agama

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Saidina Umar bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya setiap pekerjaan itu perlu wujud objektifnya (niat). Dan bagi seseorang akan mencapai objektif yang telah ditetapkan. 

 

Cabaran ekonomi dunia tingkat ruang kewangan Islam

Tarikh Disiarkan: 
28 Nov, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Persekitaran kewangan dan ekonomi dunia yang mencabar pada waktu ini telah mencipta ruang peningkatan kepada sistem kewangan Islam di peringkat antarabangsa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
 
Beliau berkata, masalah itu juga telah menyebabkan kewangan Islam menjadi lebih penting dan berlakunya pembangunan sistem itu ke tahap yang lebih tinggi.
 

November 26th

Urus kewangan peribadi

Tarikh Disiarkan: 
25 Nov, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
Oleh SALMAN SULAIMAN
 

Perlu zakat wang persatuan?

Tarikh Disiarkan: 
23 Nov, 2012
Sumber: 
Utusan Malaysia Online
 
SAYA merupakan seorang bendahari di sebuah persatuan yang tidak bersifat keuntungan. Bahkan persatuan kami adalah berlandaskan kebajikan 100 peratus dan seluruh kewangan kami disalurkan kepada orang yang memerlukan. Walau bagaimanapun, persatuan ada melaburkan wang milik persatuan ke dalam sebuah syarikat dengan nisbah 50:50 dan baru-baru ini, perniagaan berkenaan mendapat laba yang besar. Persoalannya, adakah wajib bagi persatuan mengeluarkan zakat perniagaan berkenaan?