Senarai Artikel

  • Sektor kewangan Islam pada masa ini, walaupun berkembang dengan pesat, tetapi masih terlalu kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Pasaran sektor ini ke atas umat Islam di seluruh dunia itu sendiri masih belum diterokai sepenuhnya. Salah satu penyebab utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan dalam perbankan, insurans, pasaran modal dan pelaburan.
  • Undang-undang pusaka Islam (faraid) adalah satu sistem yang unik kerana ia bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t sesuai dengan naluri dan fitrah kejadian manusia. Sistem pusaka Islam berbeza dengan sistem pusaka sebelum Islam dalam pelbagai aliran dan fahaman terutama selepas turunya ayal al-mawarith (Surah al-Nisa’ayat 11,12 dan 176). Selepas turun ayat al-mawarith terdapat beberapa perbaharuan dan keistimewaan dalam undang-undang pusaka Islam yang kekal hingga sekarang.
  • Harta merupakan suatu perkara yang amat penting dalam hidup manusia. Ia adalah teras dalam kehidupan dan juga sebagai sumber kekuatan sesebuah individu dan ummah sama ada dalam waktu berlakunya peperangan mahupun semasa damai.