Senarai Berita

Pelaburan emas: Bagaimanakah caranya menurut perspektif Islam?
Banyak institusi-institusi sama ada institusi kewangan atau syarikat khusus yang merebut peluang ini dan menawarkan penjualan emas kepada masyarakat dengan tujuan pelaburan. Produk penjualan emas ini datang dengan pelbagai struktur dan aplikasi yang berbeza. 
Promosi Kewangan Islam Bergema Di Kuching, Sarawak
Buat julungkalinya bertempat di Auditorium Tingkat 17, Pejabat Setiausaha Persekutuan, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak. Seminar Kewangan Islam Kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Negeri Sarawak dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dengan sambutan yang sangat memberansangkan.
Masjid/surau pusat penyebar sistem kewangan Islam di Sarawak
Buat julung kalinya di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Masjid/Surau Peringkat telah didedahkan dengan konsep asas sistem kewangan Islam melalui Seminar Kewangan Islam yang diadakan di Auditorium Pusat Latihan Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Telaga Air, Kuching.
Mentranformasikan Content Management System Portal e-muamalat
Salah satu cara orang ramai mengenali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan cepat adalah melalui laman web Jakim. Melihatkan bilangan hits yang direkodkan di laman web Jakim, saya rasa laman web kita adalah agak popular dan dikunjungi oleh ramai orang setiap masa. Dengan yang demikian adalah perlu laman web Jakim sentiasa dikemaskinikan baik dari persembahan atau pun maklumat”. Demikian petikan amanat Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah (KP), Jakim, pada 25 April 2011, dalam ucapan dasar bertajuk “HALA TUJU JAKIM DI BAWAH PIMPINAN BARU.
 
ILIM lahirkan graduan sulung Sijil Tinggi Muamalat
Buat julung kalinya, program kursus Sijil Tinggi Muamalat (STM) telah berjaya dianjurkan oleh Institut Latihan Islam Malaysia dengan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada para pegawai dari pelbagai agensi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Para peserta telah mengikuti tiga peringkat kursus secara berkala iaitu Sijil Tinggi Muamalat Peringkat Asas pada 07 hingga 11 Mac 2011, Peringkat Pertengahan pada 11 hingga 15 April 2011 seterusnya Peringkat Lanjutan pada 20 hingga 24 Jun 2011.
Rakyat Kelantan Menolak Sistem Riba Dalam Kewangan
Buat julung-julung kalinya Seminar Kewangan Islam Kepada Pegawai-pegawai Kerajaan Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya di Dewan A & B, Kompleks Balai Islam, Lundang Kota Bharu, pada 26hb Mei 2011.
Operasi Spot Forex: Halal atau Haram?
Jual beli matawang diharuskan oleh syarak, namun perlu mematuhi dawabit tertentu selain menggelakkan unsur-unsur-unsur syibh riba, tipu daya, judi, qabd yang tidak jelas dan gharar dalam  operasi spot forex secara individu melalui platform elektronik. Operasi spot forex ini juga didapati tidak sah dari sisi undang-undang Kerajaan Malaysia