Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-3

Sebagaimana yang telah maklum, JAKIM sebagai sebuah agensi pusat dalam pengurusan hal ehwal Islam. Ia berperanan memurni dan mewujudkan penyelarasan di antara intitusi-institusi Kewangaan di Malaysia. Dengan hasrat tersebut Bahagian Penyelidikan JAKIM telah mengadakan program Muzakarah Ahli-Ahli majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali Ke-3 pada 9 – 11 Mei 2007, bertempat di Hotel Royal Aldephi, Seremban, Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Abdullah Bin Md. Zin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
 
Seramai 50 orang ahli yang hadir adalah daripada Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah dari Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Ahli Penal Syariah Bank-Bank & Takaful, Wakil Jabatan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia, Wakil Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti dan JAKIM.
 
 
Penglibatan dan maklumbalas dari ahli-ahli amat menggalakkan Majlis ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam M’sia, Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin.
 
Fokus utama dalam Muzakarah ini ialah:
                        (a) Pelaksanaan syariah Di Dalam Transaksi Kewangan;
 
                        (b) Penyelarasan Dalam Kaedah Penilaian Sekuriti Patuh Syariah;
 
                         (c) Isu-isu Syaraiah Dalam Kewangan Islam.
 
 
 
 
Dengan adanya jalinan erat antara intitusi-istitusi Kewangan di Malaysia ini diharapkan kewanganan Islam akan terus diiktiraf sebagai peneraju didalam Sistem Perbankan Islam dan Kewangan Islam Antarabangsa.