Muzakarah Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-4

 
JAKIM telah menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-4 pada 16-18 April 2008, bertempat di Hotel Renaissance, Melaka. Ia telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Muzakarah ini diadakan bagi membolehkan pakar-pakar Syariah berbincang dan membuat penyelarasan berkaitan isu-isu kewangan dan perbankan Islam.Seramai 45 peserta yang terdiri dari Ahli Panel Penasihat Syariah mewakili 30 institusi Perbankan dan Takaful telah menghadiri muzakarah pada kali ini. sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan.
 
Kertas Kerja pertama bertajuk “Kepentingan Audit Syariah dalam Sistem Kewangan Islam” dibentangkan oleh Encik Ismail bin Nik, Wakil Bank Negara Malaysia (BNM). Kertas Kerja kedua bertajuk “ Isu Syariah Dalam Pasaran Derivatif di Malaysia “ dibentangkan oleh Dr. Md. Nurdin Ngadimon, Wakil Suruhanjaya Sekuriti (SC).
 
Manakala kertas kerja ketiga bertajuk “ Isu-isu Syariah Dalam Industri Takaful di Malaysia dan Rangka Penyelesaiannya” dibentangkan oleh Ustaz Wan Jemizan Wan Deraman, Pengurus Jabatan Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.