Current Style: Standard
Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Simposium Fiqh Mu’asirah anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei 2011. Program yang berlangsung bermula jam 9.00 pagi hingg 5.00 petang di Auditorium, Masjid Putra, Putrajaya telah berjaya meneroka dimensi baru fiqh semasa khususnya berkaitan gejala judi. Majlis yang bertemakan “Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian” telah membincangkan rangkaian isu-isu semasa berkaitan judi konvensional dan juga judi moden dalam konteks semasa.
Majlis yang dianjurkan ini telah berjaya menarik minat para peserta daripada agensi Kerajaan, syarikat telekomunikasi, badan berkanun, stesen TV dan radio, syarikat media cetak, institusi pengajian tinggi awam dan kumpulan pakar daripada pelbagai agensi.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ustaz Mohamad bin Saari, Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim. Dalam ucapan alu-aluan, beliau telah menyatakan bahawa program yang dirangka ini adalah bertujuan untuk mengimarahkan tradisi keilmuan dikalangan masyarakat selain mendedahkan masyarakat tentang perbendaharaan fiqh semasa khususnya berkaitan isu judi konvensional dan moden.
Simposium ini tambah berseri setelah disempurnakan upacara perasmian oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Sepanjang simposium ini berlangsung, sebanyak 8 buah kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang seperti berikut:
Tajuk:“Konsep Judi Menerusi Al-Quran dan Sunnah”
Prof. Madya Dr. Engku Rabiah Adawiah bt. Engku Ali
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk:“Judi Menerusi Perspektif Undang- Undang: Isu dan Cabaran”
Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat
Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara
Tajuk:“Amalan Judi Moden: Isu dan Penilaian Syariah”
Prof. Dr. Ashraf bin Dato’ Haji Md. Hashim
Ahli Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia
Tajuk:“Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah”
Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud
Penolong Pengarah (Syariah)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim
Tajuk:“Langkah Pencegahan Program Berunsur Judi Di Stesen TV dan Radio”
Puan Syahniza bt. Md. Shah
Jabatan Pemantauan Kandungan dan Pematuhan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Tajuk:“Judi dalam Pelaburan Semasa dan Dunia Siber: Isu dan Penilaian Syariah”
Ustaz Zamzuri bin Zakaria
Pensyarah
Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk:“Penguatkuasaan Kesalahan Judi: Pengalaman JAWI”
Tuan Haji Yaakob bin Rahim
Ketua Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Tajuk: “Langkah Pencegahan Kegiatan Judi: Pengalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Supt. Amir Rashid Derani
Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur
Semoga setelah tercetusnya wacana intelektual seumpama ini, adalah diharapkan dapat memugar kefahaman dan kesedaran dikalangan umat Islam untuk menolak budaya judi dalam kehidupan. Selain itu, program ini juga adalah diharap dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat berkenaan gejala judi moden pada hari ini disamping menyemarak budaya menyelidik dan menganalisa dikalangan masyakarat Islam.
Kepada pihak yang berminat untuk mendapatkan koleksi kertas kerja Simposium bolehlah menghubungi urus setia simposium seperti di alamat berikut:
Cawangan Syariah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok D7, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8886 4301
No. Faks : 03-8889 1993
Selain itu, koleksi kertas kerja sepanjang program juga boleh terus dimuat turun daripada laman rasmi Jakim melalui http://www.islam.gov.my/muamalat

Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

Ucapan perasmian disempurnakan oleh Prof Emeritus
Tan Sri Dato' Dr. Haji Abdul Shukorbin Haji Husin

Barisan tetamu kehormat



Barisan para pembentang kertas kerja dan moderator


Para peserta diberi ruang untuk mengutarakan pendapat atau persoalan dalam
sesi soal jawab yang disediakan


Antara barisan urus setia yang menjayakan Simposium Fiqh Mu'asirah


















