Promosi Kewangan Islam Bergema Di Kuching, Sarawak

Kuching - 20 April: Buat julungkalinya bertempat di Auditorium Tingkat 17, Pejabat Setiausaha Persekutuan, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak. Seminar Kewangan Islam Kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Peringkat Negeri Sarawak dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dengan sambutan yang sangat memberansangkan.
 
Seminar sehari ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS).
 
Objektif seminar adalah bagi memberi informasi serta meningkatkan kefahaman di kalangan pegawai-pegawai perkhidmatan awam mengenai Sistem Kewangan Islam.
 
Para peserta telah didedahkan mengenai asas dan kepentingan muamalat Islam dalam meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, peserta turut didedahkan mengenai aspek-aspek yang membezakan di antara perbankan Islam dengan perbankan Konvensional.
 
Seminar ini secara khususnya disasarkan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penglibatan mereka dalam industri kewangan Islam di Malaysia.
              
Seramai 250 orang peserta telah menghadiri seminar ini dan mereka terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan kerajaan di sekitar Kuching, Sarawak.
 
Pengisian seminar ini telah disampaikan dengan jayanya oleh YBhg. Ustaz Mohd Hafiz bin Hj. Fauzi, Ketua Jabatan Syariah dari Bank Muamalat Malaysia Berhad. Dalam seminar ini, beliau telah membentangkan dua sesi:
 
  1. Sesi pertama: “Falsafah Dan Prinsip Kewangan Islam : Memacu Transformasi Kewangan Ummah”
  2. Sesi kedua: “Perbezaan Produk Perbankan Islam dan Konvensional: Satu Analisis Kritikal”                            
Sesi soal jawab bagi kedua-dua pembentangan ini  telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta. Peserta juga dapat mengenali sistem kewangan Islam dengan lebih dekat melalui pameran daripada sebuah bank yang menjalankan operasi Perbankan Islam sepenuhnya.
 
Semoga dengan pelaksanaan seminar ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pegawai kerajaan mengenai sistem kewangan Islam dan membantu untuk mengukuhkan lagi sistem kewangan Islam di Malaysia.
 
Suasana di kaunter pendaftaran seminar
 
 

Barisan tetamu kehormat yang turut serta dalam semina

Antara peserta yang turut mengikuti seminar
 
 
 
 
 
Penceramah bergambar dengan barisan urusetia
 
Montaj portal e-muamalat turut ditayangkan untuk makluman peserta seminar