Senarai Berita

Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian
Simposium Fiqh Mu’asirah  yang bertemakan “Perjudian Dalam Islam: Isu, Cabaran dan Penyelesaian” telah membincangkan rangkaian isu-isu semasa berkaitan judi konvensional dan juga judi moden dalam konteks semasa. Majlis ini telah berjaya menarik minat para peserta daripada agensi Kerajaan, syarikat telekomunikasi, badan berkanun, stesen TV dan radio, syarikat media cetak, institusi pengajian tinggi awam dan kumpulan pakar daripada pelbagai agensi.
Promosi Kewangan Islam Bergema di Kota Kinabalu, Sabah

Seminar ini telah disertai oleh kakitangan agensi-agensi kerajaan di negeri Sabah seramai 420 orang dari sekitar daerah Kota Kinabalu. Sepanjang seminar ini, para peserta didedahkan mengenai konsep asas dalam Perbankan Islam dan sistem Takaful yang diamalkan di Malaysia.

Mufti Serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia Mengunjungi Majlis Aidilfitri Y.B Menteri
Bersempena dengan program Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama dengan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) pada 27 hingga 29 September 2010 di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Para peserta bengkel yang terdiri dari kalangan para mufti dan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia telah menghadiri Majlis Aidilfitri YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B) bertempat di Dataran Masjid Saidina Hamzah, Jalan 5/12c, Kg Batu Muda, Kuala Lumpur, pada 27 September 2010.
Kewangan Islam Diperkasakan, Institusi Fatwa Dimantapkan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama dengan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) telah menganjurkan Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia. Bengkel Eksekutif ini telah diadakan pada 27hb, 28hb dan 29hb September 2010 bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Bengkel Eksekutif 3 hari ini telah dihadiri oleh para Mufti serta Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa dari seluruh negeri-negeri di Malaysia seramai 35 orang peserta.
e-Muamalat “Memacu Transformasi Kewangan Islam”
Kepesatan pembangunan industri kewangan Islam yang meliputi sektor perbankan, takaful, pasaran modal, al-rahn, pengurusan harta amanah dan sebagainya menyemarakkan lagi anjakan pemikiran umat Islam untuk mula beralih kepada instrumen atau produk kewangan Islam yang kini mula mendapat tempat di hati mereka. Perkembangan ini telah menimbulkan banyak persoalan dan kemusykilan di kalangan masyarakat negara ini berkaitan status hukum bagi transaksi-transaksi dan instrumen-instrumen kewangan yang berada di pasaran.
Kewangan Islam: Cabaran Dan Harapan-KP Jakim
Sempena Majlis Perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam kali ke-5 pada 5 Ogos 2010 yang lalu, bertempat di Hotel Nikko Kuala Lumpur, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Y.Bhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz telah diberikan penghormatan untuk meyampaikan ucaptama pada muzakarah tersebut bertajuk Kewangan Islam: Cabaran Dan Harapan'.
Jakim Komited Dalam Isu-Isu Syariah Dan Pelaksanaan
JAKIM telah berjaya menganjurkan Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia Kali Ke-5 pada 17 hingga 19 Jun 2009 bertempat di Hotel Pan Pacific KLIA, Sepang.