Current Style: Standard
Glosari Muamalat
Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :
| Ada’ |
Melaksana. |
|
| Ada’ al-Dayn |
Melunaskan hutang. |
|
| Ahkam al-Mal |
Hukum-hukum berkaitan harta. |
|
| Ahl al-kitab |
Golongan yang berpegang kepada kitab Taurat dan Injil. |
|
| Ahliyyah al-Ada’ |
Kelayakan atau kapasiti melaksanakan akad atau kontrak. |
|
| Ahliyyah al-Ada’ al-Kamilah |
Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak dengan sempurna. |
|
| Ahliyyah al-Ada’ al-Naqisah |
Kelayakan melaksanakan akad atau kontrak tetapi tidak sempurna. |
|
| Ahliyyah al-Wujub |
Kelayakan menerima hak dan tanggungan. |
|
| Ahliyyah al-Wujub al-Kamilah |
Kelayakan menerima hak dan tanggungan dengan sempurna. |
|
| Ahliyyah al-wujub al-Naqisah |
Kelayakan menerima hak dan tanggungan tetapi tidak sempurna. |
|
| Al- Wakalah |
Kontrak di mana pihak yang berautoriti mewakilkan pihak lain untuk bertindak bagi pihaknya selama mana ia masih hidup. |
|
| Al-Radd |
Mengembalikan atau memberikan lebihan harta pusaka kepada waris ashab al-furud mengikut nisbah kadar fardu masing-masing ketika tiada waris asabah. |
|
| Al-Rahn |
Proses menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan hutang; Gadai. |
|
| Amanah |
Jujur, setia dan boleh dipercayai. |
|
| Amil |
Pengurus atau pekerja yang memungut zakat |
|
| Amin al-Sunduq |
Pemegang amanah atau dana amanah. |
|
| Amwal |
Harta benda atau sesuatu yang berharga yang dapat dimiliki dan boleh diambil manfaat daripadanya. |
|
| Amwal al- ‘Ammah |
Harta Awam. |
|
| Aqar |
Harta tak alih. Sesuatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat lain seperti bangunan, rumah dan tanah. |
|
| Aqd |
Kontrak. Pertalian ijab dan qabul dalam suatu perjanjian. |
|
| Aqd al-Mudaf |
Kontrak masa depan. |
|
| Aqd al-Munjiz |
Kontrak yang berkuatkuasa segera. |
|
| Aqd al-Musamma |
Kontrak yang bernama. |
|
| Aqd al-Sahih |
Kontrak yang sah, memenuhi rukun dan syarat- syarat yang menepati prinsip syariah. |
|
| Aqd al-Tamlik |
Kontrak pemilikan. |
|
| Aqd al-Tawarruq |
Kontrak tawarruq - Tawarruq. |
|
| Aqd al-Tawthiqi |
Kontrak jaminan. Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad.Contohnya akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
|
| Aqd al-Ta’ati |
Kontrak tunjuk terima seperti pembeli mengambil barang dan membayar harganya kepada penjual atau penjual menyerahkan barang kemudian pembeli membayarnya tanpa ada isyarat dan ungkapan. Bay’ al-Mu’atah. |
|
| Aqd Fasid |
Kontrak yang terdapat kecacatan pada syaratnya. |
|
| Aqd Ghayru Sahih / ‘Aqd al-batil |
Kontrak yang tidak sah dan tidak memenuhi rukun dan |
|
| Aqid |
Pihak yang berakad dalam urusniaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. |
|
| Ard |
Barang. |
|
| Ariyah |
Pinjaman. |
|
| Arud al-Tijarah |
Barang dagangan. |
|
| Asabah |
Waris lelaki yang berhak ke atas baki dari harta pusaka. Kedudukan mereka dalam Undang-undang Islam adalah selepas waris ‘ashab al-furudh. |
|
| Asabah bi al-ghayr |
Asabah oleh orang lain. Waris-waris ‘asabah ini semuanya terdiri daripada waris ‘ashab al-furudh |
|
| Asabah bi al-Nafs |
‘Asabah dengan dirinya sendiri. Waris-waris yang termasuk di dalam kategori ini ialah semuanya terdiri daripada lelaki yang tidak diselangi oleh perempuan. Mereka terdiri daripada 12 orang iaitu anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan seterusnya ke bawah, bapa, bapa kepada bapa (datuk) dan seterusnya ke atas, saudara lelaki seibu sebapasaudara lelaki sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa, bapa saudara (sebelah bapa) sebapa, anak lelaki kepada bapa saudara (sebelah bapa) seibu sebapa dan anak lelaki kepada bapasaudara (sebelah bapa) sebapa. |
|
| Asabah ma’a al-ghayr |
‘Asabah bersama dengan yang lain. Ia bermaksud waris perempuan yang menerima ‘asabah dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris-waris yang terlibat dalam bentuk ‘asabah ini hanya dua orang iaitu saudara perempuan seibu sebapa dan saudara perempuan sebapa. Mereka akan menerima ‘asabah apabila mewarisi bersama- sama dengan anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki seorang atau lebih) atau bersama dengan kedua-duanya sekali. |
|
| Asabah Nasabiyyah |
Harta yang diwarisi melalui keturunan atau waris si mati. ‘Asabah Nasabiyyah terbahagi kepada tiga bahagian: i) ‘asabah bi al-nafs. ii) ‘asabah bil al-ghair. |
|
| Asabah Sababiyyah |
Harta yang diwarisi dengan cara memerdekakan hamba; seperti pemilik hamba akan mewarisi harta si mati (hamba yang telah dimerdekakannya) sekiranya si mati tidak mempunyai waris |


















