Current Style: Standard
Glosari Muamalat
Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :
| Cagaran |
Menyerahkan sesuatu barang untuk dijadikan gadaian apabila membuat pinjaman atau berhutang daripada pemiutang. |
|
| Caj |
Bayaran yang perlu untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. |
|
| Cek |
Arahan bertulis daripada satu pihak (pembayar atau pengeluar cek) kepada pihak lain (bank atau institusi pembayar) yang mengkehendaki bank pembayar membayar sejumlah tertentu apabila dituntut, kepada pembayar sendiri atau kepada pihak ketiga seperti yang ditentukan oleh pembayar atau pengeluar cek. |
|
| Cek Berpalang |
Cek yang mempunyai dua garis selari (biasanya di sudut kiri sebelah atas muka cek) dan hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun pihak yang dituliskan namanya pada cek yang berkenaan. |
|
| Cek Dalaman |
Cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama. |
|
| Cek Kembara |
Cek yang dibeli daripada bank dan boleh ditukar di luar negara untuk mendapat mata wang asing. |
|
| Cek Kosong |
Cek yang amaun atau penerimanya tidak dituliskan tetapi telah ditandatangani oleh pembayarnya. |
|
| Cek Lewat Tarikh |
Cek yang ditulis dengan tarikh hadapan. |
|
| Cek Luar Kawasan |
Cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon penjelasan tempatan. |
|
| Cek Luput |
Cek yang sudah lepas tarikh lakunya atau cek yang telah dikeluarkan lebih daripada 6 bulan. |
|
| Cek Tempatan |
Cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan. |
|
| Cek Tendang / Cek Lambung |
Cek yang tidak dapat dijelaskan kerana pihak yang mengeluarkannya tidak mempunyai wang yang cukup dalam akaun berkenaan. |
|
| Cek Tunai / Cek Terbuka |
Cek yang boleh ditukarkan kepada wang tunai oleh sesiapa sahaja yang mengemukakannya kepada bank. |
|
| Ceti |
Orang yang meminjamkan wang dan mengenakan kadar bunga yang tinggi. |


















