Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Dalil

Bukti, hujah, tanda.

Daman

Ganti rugi. Kontrak berbentuk jaminan di mana penjamin akan menyatakan sebarang ganti rugi atau kewajipan yang harus dipenuhi oleh pemilik aset tersebut. Konsep ini sesuai dalam situasi di mana jaminan disediakan dalam transaksi yang melibatkan hutang sekiranya penghutang gagal untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Darar

Kemudaratan.

Darar al-Fahisy

Kemudaratan melampaui batas atau kemudaratan keji. Kerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya (barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh).

Daribah

Cukai. Nilai wang atau harta yang dipungut berdasarkan taksiran yang dikenakan oleh pemerintah untuk perbelanjaan negara. Contohnya cukai jalan, cukai pendapatan individu dan cukai korporat.

Darurah

Perihal terpaksa atau terdesak melibatkan keadaan yang genting. Contohnya ketiadaan pembiayaan secara Islam bagi sesuatu perusahaan yang diharuskan menyebabkan perlunya pembiayaan secara konvensional.

Daruriyyat al-Khams

Lima keperluan asasi. Merupakan sesuatu keperluan yang wajib dan perlu wujud untuk memastikan kemaslahatan agama dan kelangsungan hidup yang sempurna. Lima perkara yang wajib dipelihara di sisi syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Dayn

Hutang. Segala jenis tanggungan yang ditanggung oleh seseorang berupa harta yang wajib dibayar. Menurut perundangan Islam, ia mencakupi ruang lingkup yang luas iaitu bayaran kepada harga barangan, bayaran kepada qard (hutang), bayaran mahr (mas kahwin) selepas isteri disetubuhi atau sebelumnya; yakni mahr yang belum dibayar selepas akad nikah, bayaran sewa, ganti rugi yang mesti dibayar kerana jenayah (arsy), ganti rugi atas kerosakan yang dilakukan, jumlah wang yang mesti dibayar kerana tebus talak (khuluk) dan bayaran pesanan yang belum sampai (muslam fih).

Da’ wa ta’ajjal

Tindakan pemiutang menggugurkan sebahagian daripada hutangnya apabila penghutang melunaskan baki hutang tersebut lebih awal.

Dhawi al- Arham

Waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain daripada waris ashab al-furud dan ‘asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau ramai.

Dinar

Kepingan atau mata wang emas.

Dirham

Kepingan atau mata wang perak.