Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Faedah

Bunga atau riba. Ia adalah tambahan yang dikenakan dalam transaksi pinjaman.

Fakir

Orang yang tidak memiliki harta dan pendapatan. Fakir adalah salah satu daripada asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Faraid

Ilmu pengetahuan atau hukum tentang pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak yang menetapkan bahagian-bahagian tertentu kepada waris-waris.

Fardu

1. Kewajipan; seperti kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan seumpamanya . 2. Hak yang ditetapkan dalam ilmu faraid; seperti 1/2, 1/4, 1/8, 1/3, 2/3 dan 1/6.

Fasid

Rosak, tidak sah atau batal.

Fasiq

Orang yang berterusan melakukan dosa.

Fiqh

Ilmu yang berkaitan dengan hukum amali syarak berdasarkan dalil-dalil secara terperinci. Perbahasannya merangkumi, ibadat, munakahat, muamalat, jinayat, jihad dan kehakiman.

Fiqh al-Mu‘amalat

Satu disiplin ilmu yang membahaskan hukum berkenaan urusan hidup manusia yang berkait dengan kegiatan harian dalam semua bidang, atau kegiatan akad, iltizam, dan tasarruf, yang membawa kesan pertukaran hak milik barangan atau wang untuk mendapat manfaat bersama berdasarkan kerelaan dan kepuasan.

Fulus

Duit syiling.

Fuqaha’

Pakar-pakar dalam bidang fiqh.