Current Style: Standard
Glosari Muamalat
Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :
| Ghabn |
Penipuan. Perbezaan di antara harga jualan/belian dengan harga sebenar di pasaran. |
|
| Ghabn al-Fahisy |
Penipuan yang melampau. |
|
| Ghabn al-Yasir |
Penipuan yang tidak melampau. |
|
| Ghalat |
Kesilapan dalam membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori akad dalam perundangan Islam, ghalat merupakan salah satu unsur negatif yang boleh mengganggu kesahihan sesuatu akad dan boleh menyebabkan sesuatu akad dianggap tidak sah. |
|
| Gharar |
Ketidakpastian dalam sesuatu ‘aqd atau kontrak. |
|
| Gharim |
Orang yang berhutang. |
|
| Ghasb |
Mengambil sesuatu secara kekerasan. |
|
| Ghisy |
Penipuan atau kecurangan. Perbuatan yang disengajakan untuk menimbulkan kerugian dan penganiayaan pada pihak lain, contohnya perbuatan seseorang yang memalsukan, menyembunyikan atau menghilangkan bukti yang penting. |
|
| Ghulul |
Khianat. Perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan kepada orang lain. |


















