Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Ibra’

Rebat. Potongan daripada sejumlah bayaran yang dikenakan atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran.

Ihtikar

Tindakan memonopoli barangan keperluan umum.

Ijab

Pernyataan pihak pertama dalam sesuatu akad yang menunjukkan kehendaknya untuk berkontrak; tawaran.

Ijarah

Kontrak sewa menyewa dan upah.

Ijarah al-Mumtahiyah bi al-Tamlik

Akad sewa yang diakhiri dengan pemilikan barang oleh penyewa. Merupakan gabungan antara kontrak sewa dan kontrak jual beli.

Ijarah thumma al-Bay’

Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak ijarah (sewaan) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak.N KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 35
/ Glosari Muamalat
kedua iaitu kontrak bay’ (belian) dimenterai. Sebagai contoh, dibawah kemudahan pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan menyewa kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewaan yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh sewaan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada harga yang dipersetujui.

Ijmak

Persepakatan mujtahid di kalangan umat Islam terhadap sesuatu hukum pada sesuatu zaman selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Ijtihad

Menggunakan keupayaan yang maksimum untuk mendapatkan hukum-hukum syarak yang amali melalui penggunaan sumber- sumber syarak yang diiktiraf oleh orang yang layak (mujtahid).

Insurans

Merupakan suatu sistem yang berlandaskan perjanjian antara sekumpulan manusia yang sama-sama bersetuju mengikut sistem ini, memikul apa jua beban bencana yang menimpa salah seorang daripada mereka dan berkongsi menyumbangkan wang bagi mengatasi bencana ataupun membayar pampasan kerana ditimpa sesuatu bencana.

Iqta’

Apa yang diberikan oleh pemerintah dalam bentuk hartanah. Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk hak milik atau hak menggunakan manfaat hartanah tersebut.

Istihsan

Salah satu cara menetapkan hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syarak yang membolehkan tindakan sedemikian.

Istiqra’

Penelitian secara menyeluruh dan mendalam terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan sesuatu kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut.

Istishab

Pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil lain yang boleh mengubah hukum tersebut.

Istisna‘

Kontrak jual beli dalam bentuk pesanan pembuatan barang tertentu dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang telah disepakati antara pemesan atau pembeli dan penjual, pengilang atau pemaju.

Istithna’

Pengecualian terhadap sesuatu perkara.

Itlaf

Kerosakan, kebinasaan atau kemusnahan.

Ittifaq Dhimni

Persetujuan tersirat yang wujud sebelum sesuatu kontrak dimeterai. Contohnya Penjual dan pembeli telah membuat persetujuan awal untuk menjual aset dengan harga tertentu dan membeli semula dengan harga tertentu.

Iwad

Tukaran dalam jual beli atau sebarang kontrak lain.