Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Jahalah

Ketidaktahuan sifat sesuatu objek dalam sesuatu akad.

Jahiliyyah

Zaman sebelum kedatangan Islam.

Ji’alah

Kontrak ganjaran. Kontrak daripada sebelah pihak (unilateral) yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain di atas sesuatu perbuatan atau pencapaian. Contoh caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Jualan Langsung

Jualan dari pintu ke pintu, melalui katalog, pos dan telefon iaitu penjual atau pengedar barangan atau perkhidmatan bersemuka secara terus dengan pembeli tanpa melalui orang tengah.
(Rujuk Garis Panduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan).

Judi

Segala aktiviti yang melibatkan pertaruhan, iaitu pihak yang menang akan mengambil semua pertaruhan dan pihak yang kalah akan kehilangan pertaruhannya.

Juz’i

Cabang, komponen, pecahan atau bahagian.