Current Style: Standard
Glosari Muamalat
Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :
| Kafalah |
Jaminan; kontrak jaminan yang diberikan oleh penanggung/penjamin kepada pihak ketiga untuk memenuhi kewajipan pihak kedua atau orang yang ditanggung. |
|
| Kasad |
Susut nilai. |
|
| Khasm |
Potongan (diskaun). |
|
| Khilabah |
Bentuk tipu daya dengan perbuatan atau perkataan yang dilakukan oleh salah seorang daripada pihak yang berakad dengan tujuan menarik minat pihak yang satu lagi untuk melakukan akad. |
|
| Khiyanah |
Pembelotan dan penipuan dalam menyatakan kadar sebenar modal yang telah digunakan di dalam membeli barangan atau aktiviti-aktiviti lain yang membawa maksud seumpama dengannya. |
|
| Khiyar |
Hak pihak berakad sama ada ingin meneruskan akad atau membatalkannya berdasarkan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak. |
|
| Khiyar al-Majlis |
Hak pilihan ketika dalam majlis, hak menentukan pilihan bagi kedua belah pihak untuk melangsungkan jual beli atau membatalkannya selama mana masih dalam majlis tersebut. Sekiranya berpisah maka hilanglah hak Khiyar majlis itu. |
|
| Khiyar al-Ru’yah |
Hak bagi pembeli untuk menyatakan persetujuan untuk meneruskan atau membatalkan jual beli terhadap barang dagangan yang belum dilihatnya semasa kontrak. |
|
| Khiyar al-Syart |
Hak memilih yang ditetapkan oleh salah satu pihak yang berakad atau keduanya untuk meneruskan atau membatalkan jual beli dalam jangka masa yang ditetapkan. |
|
| Khiyar al-Ta’yin |
Hak memilih yang diberikan kepada pembeli dalam menentukan barang yang berbeza kualiti di dalam urusniaga. |
|
| Khiyar al-‘Ayb |
Hak untuk membatalkan atau melangsungkan jual beli bagi kedua belah pihak yang berakad apabila terdapat suatu kecacatan pada barang dagangan. Sedangkan kecacatan itu tidak diketahui oleh pemiliknya ketika akad. |
|
| Kontrak |
Lihat ‘Aqd. |
|
| Kontrak niaga hadapan |
Penyerahan sejumlah tertentu aset pada sesuatu tarikh pada masa hadapan mengikut harga yang ditentukan semasa kontrak dibuat. |


















