Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Laba

Keuntungan yang diperoleh daripada wang yang dilaburkan dalam sesuatu perniagaan hasil daripada kenaikan harga.

Labur

Meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang dalam sesuatu badan perniagaan dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan atau menanam modal.

Langganan

Pelanggan; penjual yang tetap; hubungan jual beli atau urus niaga yang tetap antara seseorang penjual dengan pembeli yang selalu membeli daripadanya.

Lelong

Penjualan secara terbuka atau di hadapan khalayak ramai dengan harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya dalam tempoh tertentu.

Lesen

Sijil atau dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memberikan kebenaran kepada seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu.

Liabiliti

Tanggungan atau jumlah hutang yang perlu dijelaskan dengan wang, barang dan perkhidmatan.

lllah

Sebab, alasan, asas hukum.

Luqatah

Barang yang dijumpai atau barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya.