Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Rahin

Penggadai Orang yang menggadaikan barangan bernilai atau orang yang menyerahkan sesuatu sebagai cagaran hutang.

Ra’s al-Mal

1. Modal dalam perkongsian (syirkah/musyarakah/mudarabah). 2. Harga asal dalam jual beli amanah (murabahah, tawliyah, wadi‘ah). 3. Bayaran yang dijelaskan oleh pembeli dalam ‘aqd salam.

Rebat

Potongan harga, diskaun atau pemulangan sebahagian daripada amaun yang telah dibuat sebagai bayaran.lihat Ibra’.

Riba

Lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, daging dan buah-buahan. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu riba fadl, riba nasi’ah dan riba jahiliah.

Riba al-Buyu’

Lihat Riba al-buyu’

Riba al-Nasi’ah

Riba yang berlaku apabila ada lebihan terhadap bayaran balik pinjaman disebabkan oleh penangguhan tempoh masa bayaran atau bayaran tambahan kerana melebihi tempoh masa bayaran yang ditetapkan.

Riba al-Qurud

Riba yang wujud daripada aktiviti pemberian hutang atau pinjaman.