Current Style: Standard
Glosari Muamalat
Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :
| Sadd al-Dhara’i |
Pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa seseorang terjebak dalam perkara yang diharamkan. Ia dianggap sebagai langkah pencegahan awal untuk mengelakkan seseorang Islam daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT |
|
| Saham |
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Pemegang saham adalah pemilik syarikat. Pemilikan ini dilambangkan melalui sijil saham yang dicatatkan nama pemegang saham. |
|
| Sedekah |
Pemberian sesuatu kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah SWT semata-mata. |
|
| Shart Jaza`i |
Lihat Ta’widh |
|
| Siyasah al-Syar`iyyah |
Suatu bidang dalam perundangan Islam yang membicarakan hukum berhubung kait dengan dasar dan pendekatan yang diambil untuk menyusun struktur pentadbiran Negara dan urusan rakyat, selaras roh syariat. Ia meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah, ekonomi, kehakiman, hubungan antarabangsa dan seumpamanya. |
|
| Spekulasi |
Perihal (perbuatan) membeli dan menjual sesuatu (saham dan lain-lain) dengan harapan untuk mendapat keuntungan besar tetapi menghadapi risiko. |
|
| Spekulator |
Orang yang membuat spekulasi (dalam pasaran saham dan sebagainya) dengan harapan dapat membuat keuntungan walaupun terpaksa menghadapi risiko. |
|
| Suftajah |
Instrumen pemberian hutang dalam bentuk nota kewangan (cek) kepada seseorang untuk membolehkan pemiutang mendapat kemudahan menggunakannya di tempat lain yang telah ditentukan pada satu tarikh yang akan datang. Contohnya, sebuah syarikat menghantar surat kredit atau draf bank kepada wakil di luar negara untuk urusan pembayaran import eksport atau hutang. |
|
| Sukuk |
Dokumen kewangan yang nilainya disandarkan pada harta. |
|
| Syarikah al-Mufawadah |
Suatu bentuk perkongsian yang sama dengan rakan kongsi dari sudut modal, tindakan, hutang dan keuntungan, bermula dari awal operasi hingga ke akhir perkongsian. |
|
| Syarikah al-‘Anan |
Kontrak perkongsian di mana semua rakan kongsi menyumbang modal dan tenaga. Perkongsian untung berdasarkan persetujuan bersama dan perkongsian kerugian berdasarkan nisbah sumbangan modal. Musyarakah. |
|
| Syarikah/Syirkah |
Lihat Musyarakah |


















