Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Tabarru‘

Pemberian hak milik atau manfaat kepada mana-mana pihak secara percuma tanpa
ada balasan dengan niat membuat kebaikan.

Tadlis al-‘Ayb

Aktiviti menyembunyikan kecacatan barangan jualan yang sengaja dilakukan oleh
penjual.

Takaful

Suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan
perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.

Takhliyah

Penjual memberi keizinan kepada pembeli untuk mengambil barang jualan tanpa sebarang halangan. Contohnya, penjual menyerahkan barangan jualan kepada seseorang yang diarahkan oleh pembeli untuk menerima sebagai wakil bagi pihaknya. Contoh lain, penjual membuka kunci gudang sebagai tanda menyerahkan gandum yang dijual di dalamnya.

Taklif

Kewajipan (tanggungan, hukum dan sebagainya) syariat yang dikenakan pada seseorang.

Talfiq

Mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid silam. Manhaj ini mengabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid terdahulu.

Tamwil al-Dayn

Pembiayaan hutang.

Tanajusy

Persepakatan negatif,(konspirasi) secara senyap antara penjual dan pembeli
supaya menunjukkan keinginan membeli dengan membayar harga lebih tinggi. Ini dilakukan supaya orang lain terpedaya dan berebut-rebut membeli barangan jualan yang sama dengan harga yang tinggi dan natijahnya penjual mendapat
keuntungan yang besar.

Tanazul

Pengguguran tuntutan hak.

Taqabud

Serah-menyerah pertukaran daripada kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Lihat : Qabul

Taqlid

Mengikut pandangan seseorang atau mazhab tertentu tanpa mengetahui dalilnya.

Tarikah

Harta pusaka. Sesuatu yang ditinggalkan si mati termasuklah harta benda, hak- hak kebendaan dan hak- hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak- hak persendirian.

Taswiq

Pemasaran.

Tawarruq

Jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barang secara tertangguh dan kemudian barangan tersebut dijual secara tunai kepada pihak ketiga (bukan
penjual asal) yang mana harga jualan tersebut lebih rendah daripada harga belian bagi tujuan mendapatkan tunai.

Ta‘wid

Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh pihak yang berakad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang apabila penghutang gagal atau lewat
melaksanakan obligasinya untuk membayar balik hutang.

Ta’min

Lihat : Insurans.

Ta’wil

Interpretasi. Usaha untuk menerangkan kehendak syarak daripada sesuatu lafaz (dalil) tanpa terikat kepada pengertian dalil tersebut. Sebaliknya maksud lain yang tersirat akan diterima pakai sekiranya disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa syarak mengkehendaki maksud tersebut.

Thabit

Sudah tetap, nyata, pasti, sah, terang, jelas.

Thaman

Harga.

Thaman al-Mithl

Harga pasaran.

Transaksi

Penyelesaian pembayaran dalam perniagaan (perdagangan). Persetujuan jual beli, urusan jual beli (perdagangan), urusniaga.