Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Ujrah

Bayaran sewa atau upah terhadap penggunaan manfaat dan tenaga. Dalam konteks ekonomi semasa, ia boleh digunakan sebagai gaji, upah, komisen dan seumpamanya.

Umum al-Balwa

Kerumitan meluas yang berlaku dalam masyarakat yang sukar untuk dielakkan.

Uqud al-Hifz

Kontrak-kontrak simpanan atau penjagaan.

Uqud al-Isqatat

Kontrak-kontrak melepaskan hak.

Uqud al-Isytirak

Kontrak-kontrak perkongsian.

Uqud al-Mu‘awadah

Sebarang ikatan pertukaran pemilikan yang mewujudkan tanggungjawab dan hak kepada pihak yang berkontrak.

Uqud al-Tabarruat

Kontrak-kontrak kebajikan.

Urbun

Deposit atau wang cengkeram yang menjadi sebahagian daripada harga barangan atau perkhidmatan yang dibayar dahulu oleh pembeli atau penyewa sebagai tanda komitmen. Lihat : Bay‘ al-Urbun.

Urf

Kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat sama ada dalam bentuk percakapan atau perbuatan. Ia merupakan ‘adat jama’iyyah (amalan kebiasaan yang diterima pakai secara kolektif) dan boleh diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak.

Urf Khas Min Asalib al-Iqtisodiyyah

Sesuatu perkara yang diterima pakai secara meluas khususnya dalam kegiatan
ekonomi.