Glosari Muamalat

Berikut adalah senarai glosari yang berguna. Anda boleh tapis glosari berdasarkan abjad dibawah :

A | B | C | D | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | W
Wadi‘ah

Harta yang diberikan oleh satu pihak pada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta. Sekiranya harta tersebut hilang atau
rosak tanpa kesilapan dan kecuaian, maka penjaga tidak bertanggungjawab untuk membayar gantirugi. Contohnya, barangan yang disimpan di kaunter simpanan barang di pasar raya tanpa dikenakan caj.

Wadi‘ah Yad al-Amanah

Simpanan yang diberikan kepada mana-mana pihak dan penjaga tersebut hanya menjaga sahaja tidak dibenarkan menggunakannya.

Wadi‘ah Yad al-Damanah

Simpanan dengan jaminan di mana pihak yang memegang amanah boleh menggunakan wang tersebut dengan jaminan bahawa penyimpan akan mendapat kembali wang yang disimpannya. Penyimpan tidak berhak kepada sebarang perkongsian keuntungan tetapi pemegang amanah boleh memberikan pulangan kepada penyimpan
sebagai penghargaan.

Wakaf

Sesuatu pemberian atau sumbangan ikhlas harta yang dimiliki untuk kepentingan
dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh syarak.

Wakalah

Memberi mandat kepada satu pihak yang lain dalam perkara yang boleh iwakilkan
untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi pihaknya.

Wali

Orang yang diberi kuasa untuk menguruskan anak yatim dan hartanya sehinggalah ia dewasa.

Waran

Surat kebenaran yang membolehkan sesuatu pembayaran atau penerimaan wang dibuat.

Waran panggilan

Suatu hak tetapi bukan kewajipan untuk membeli dengan kuantiti tetap sesuatu
aset ( seperti saham ) dengan harga tertentu dalam tempoh masa terhad.

Warith

Orang yang akan mewarisi harta pusaka si mati.

Wasi

Orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat.

Wasiat

Pemberian harta, hak atau manfaat oleh seseorang kepada seseorang yang lain semasa hayatnya tanpa apa-apa balasan dan berkuatkuasa selepas
kematiannya. Harta yang hendak diwasiatkan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta si mati.

Wisayah

Pemberian amanah kepada seseorang (wasi) untuk melakukan atau melaksanakan pengurusan harta amanah seperti wasiat dan hibah.