Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa

Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 di Kuala Lumpur telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah memutuskan bahawa:
 
  1. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
  2. Tanah wakaf yang diambil atau dipindah milik kepada kerajaan,hendaklah dibayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
  3. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang elektrik dan sebagainya.
  4. Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya. Pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntuk bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bagi bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) hendaklah diperuntuk untuk masjid, sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.


 

PreviewAttachmentSize
16_Fatwa_Keenambelas.pdf22.48 KB