Kolej Islam Darul Ridzuan (kiperak)

 
DIPLOMA PENGURUSAN MUAMALAT

PENDAHULUAN
Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak  pada 6 Mac  2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
 
TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)
 
SYARAT KEMASUKAN
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 3 kepujian dan keutamaan diberikan kepada Pendidikan Islam atau Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
atau Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Syariah Islamiyyah; ATAU

ii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.

DIPLOMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM

PENDAHULUAN

Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan di bawah Enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen ini telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak  pada 6 Mac  2002.
Kolej Islam Darul Ridzuan ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya. Ia juga merupakan satu kesinambungan sistem pendidikan Islam yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

 
TEMPOH PENGAJIAN
3 tahun (6 semester)
 
SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan mendapat 3 kepujian atau kelulusan yang setaraf dengannya.
 
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian yang berpatutan dengan hanya RM 1000 bagi satu semester.
 
PENGIKTIRAFAN
Semua pemegang Diploma Perbankan dan kewangan Islam Kolej Islam Darul Ridzuan layak untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti tempatan.
Diploma Perbankan dan Kewangan Islam Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat Akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) turut memberi pengiktirafan kepada Diploma Perbankan dan Kewangan Islam Kolej Islam Darul Ridzuan setaraf dengan Diploma biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam.
 
OBJEKTIF
Objektif Diploma Perbankan dan Kewangan Islam adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perbankan dan kewangan serta pada masa yang sama mempunyai latar belakang agama yang baik dalam usaha untuk memanfaatkan ilmu dunia dan akhirat secara seimbang. Ini adalah kerana negara memerlukan masyarakat yang mampu untuk mengintegrasikan ilmu pengurusan, kewangan, perbankan dan perakaunan dengan ilmu keagamaan. Dengan kombinasi ilmu pengetahuan ini, ia mampu untuk melahirkan golongan separa profesional yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang tinggi tetapi berakhlak mulia. Pada masa yang sama, ia juga dapat menampung kekurangan tenaga mahir negara pada masa akan datang.
 
SUBJEK MAJOR DIPLOMA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM (KR 9457)
 

BIL
NAMA MATA PELAJARAN
1.
Pengantar Pemasaran
2
Statistik Perniagaan
3.
Pengurusan Kewangan
4.
Kewangan Antarabangsa
5.
Pengantar Insurans dan Takaful
6.
Kelakuan Organisasi
7.
Pengurusan Pelaburan
8.
Wang dan Perbankan di Malaysia
9.
Sistem dan Ekonomi Islam
10.
Undang-undang Perbankan
11.
Analisis Kewangan
12.
Pengantar Pengurusan
13.
Operasi Perbankan dan Kewangan Islam
14.
Latihan Industri
15.
Pengantar Perakaunan
16.
Perakaunan Kewangan 1
17.
Undang-undang Perniagaan
18.
Perakaunan untuk Pengurusan
19.
Prinsip Ekonomi
20.
Matematik Untuk Pengurusan
21.
Fiqh Muamalat
22.
Bahasa Kebangsaan B ( Pelajar Malaysia-non cr BM)
23.
Pengajian Malaysia
24.
Pengajian Islam
25.
Academic English
26.
Communication English
27.
English For Business
                                    
 
Kolej Islam Darul Ridzuan,
Bukit chandan, 33000 bandar di raja kuala kangsar, perak darul ridzuan
Tel : 05-7700177 faxs : 05-7700176 Untuk pertanyaan, sila hubungi : En Zairol : 019-5116093,
En Irwan : 0165961717, Pn raja Farini : 019-5111431, Cik Fatimah : 019-5404484
 
Maklumat ini telah dipetik terus dari laman Kolej Islam Darul Ridzuan ,
pada 13 Mei 2010