Current Style: Standard
Kolej Islam Johor

DIPLOMA PERBANKAN ISLAM
Kursus ini direkabentuk untuk memberi pelajar pengetahuan dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam dan seterusnya membolehkan mereka mengkhusus dalam bidang ini apabila melanjut pengajian di peringkat lebih tinggi. Diploma ini sesuai untuk menjawat jawatan pada tahap pertengahan Perbankan dan Kewangan Islam dalam institusi Perbankan dan Kewangan di Malaysia.
LALUAN AKADEMIK & KERJAYA
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
Calon-calon yang memohon memerlukan kelayakan minimum seperti berikut:
- Lulus SPM atau setaraf dengan 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran (Pelajar yang mendapat Kepujian mata pelajaran B. Melayu akan diberi keutamaan). Lulus Matematik
ATAU
- Lulus peperiksaan ‘O level’ atau setaraf dengan 3 kepujian
ATAU
- Lulus STPM atau setaraf dengan memperolehi 3 prinsipal
ATAU
- Lulus peperiksaan ‘A level’ atau setaraf dengan memperolehi 3 prinsipal
Calon-calon yang mempunyai STAM, STA, STU, SMA, SMU atau yang setaraf dan telah lulus dengan gred JAYYID(Baik) boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit.
TEMPOH PENGAJIAN & YURAN PENGAJIAN
Tempoh kursus ini ialah 3 tahun ( 6 semester ). Yuran per semester ialah RM 2,850.
PROSPEK KERJAYA
Peluang pekerjaan bagi graduan-graduan kursus ini ialah;
- Penolong Pegawai Bank
- Penolong Pegawai Kewangan
- Pembantu pengurus koperasi
- Jawatan bertaraf diploma di sektor kerajaan dan lain-lain lagi
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kolej Islam Johor
Jalan Ahad,Kampung Ungku Mohsin, 80350 Johor Bahru,Johor.
No Tel : 07-2324217 ll No Faks : 07-2357101 ll E-Mel : kpypj@kpypj.edu.my
Maklumat ini telah dipetik terus dari laman Diploma Perbankan Islam ,
Kolej Islam Johor , pada 13 Mei 2010


















