Penghantaran Artikel dan Garis Panduan Penulisan Jurnal Muamalat

SKOP
Skop penulisan meliputi aspek teori, aplikasi dan isu-isu kontemporari berkaitan dengan fiqh muamalat, perbankan, kewangan dan ekonomi Islam. Jurnal Muamalat komited untuk menerbitkan penemuan dan penyelidikan terkini yang menyentuh pelbagai aspek dalam disiplin muamalat Islam.
 
 KEKERAPAN PENERBITAN
 Jurnal Muamalat diterbitkan sekali setahun.  Tiada batasan tarikh dalam penghantaran artikel. 
 
PROSEDUR PENGHANTARAN
Artikel boleh dihantar dalam bentuk kertas kerja (hard copy) dan soft copy atau melalui e-mel  ke alamat seperti berikut:
Ketua Editor
Jurnal Muamalat
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Aras 6 Blok D7 Kompleks D
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 Putrajaya
 
Faks:+603-88891993
Emel: jurnalmuamalat@islam.gov.my
 
PENILAIAN
Makalah akan melalui proses penilaian oleh panel penilai yang dilantik oleh JAKIM. Keputusan penerbitan makalah adalah berasaskan kepada cadangan penilai.
 
FORMAT
Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:
  • Program            :        Microsoft Word
  • Jenis font          :        Times New Roman
  • Saiz font             :        12
  • Jarak baris        :        1.5
BAHASA
Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dan tidak melebihi 3000 patah perkataan tidak termasuk senarai rujukan (10- 15 halaman, kertas size A4). Makalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Arab mestilah disertakan dengan tajuk dalam Bahasa Inggeris.
 
ABSTRAK
Setiap artikel yang ditulis dalam ketiga-tiga Bahasa di atas mestilah disertakan dengan abstrak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang ditulis antara 150-200 patah perkataan yang mengandungi 4 elemen seperti berikut iaitu pendahuluan yang nerangkumi objektif rencana/makalah, metodologi kajian, hasil utama kajian  dan kesimpulan.
 
TAJUK DAN TAJUK PERENGGAN
Tajuk utama dan sub-tajuk perlulah ditaip secara title case iaitu berhuruf kecil kecuali huruf pertama berhuruf besar.
 
SISTEM NOMBOR
 Sistem nombor adalah seperti berikut:
 
Item peringkat pertama:
a.
b.
 
Item peringkat kedua:
i.
ii.
 
Item peringkat ketiga:
A.
B.
 
Item peringkat keempat:
I.
II.
 
JADUAL DAN RAJAH
Setiap jadual perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di bahagian tengah atas jadual dan bermula dengan perkataan JADUAL dan nombor numerik Arab. Semua carta, graf, lukisan dan ilustrasi dirujuk sebagai rajah. Setiap rajah perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di sebelah bawah rajah dan bermula dengan perkataan RAJAH dan nombor numerik Arab.
 
NOTA HUJUNG
Nota hujung hanya digunakan jika perlu dan mesti dinomborkan secara berurutan dengan simbol numerik supercript Arab.
 
TRANSLITERASI
Sistem transliterasi yang digunakan perlulah bersesuaian.
 
RUJUKAN
Setiap artikel perlu disertakan rujukan. Rujukan dalam teks dan senarai rujukan hendaklah menggunakan gaya APA (American Psychology Association) (Pengarang,Tahun).  Gaya penulisan adalah seperti berikut:
 
Buku dan bab dalam buku
Azam Aris. 2008. The Quintessential Man: The Story of Tan Sri Azizan Zainul Abidin. Kuala Lumpur: Crestime Holdings Sdn. Bhd.
 
Siti Mashitoh Mahmood . 2005. Undang-Undang Pentadbiran Harta Wakaf di Malaysia. Dalam Ahmad Hidayat Buang (ed), Mahkamah Syariah di Malaysia: Pencapaian dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
 
Terbitan berkala
Shamsiah Mohamed.2000.Hukum Perkongsian (Syarikat) Antara Muslim dan Non-Muslim. Jurnal Syariah UM 8 (1): 13-22.
 
Prosiding, kertas seminar dan disertasi
Aznan Hasan.2009. Shariah Issues in the Operation of Retakaful and Reinsurance: A Preliminary Exploration From Shariah Perspective. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam. 2 November 2009, Hotel Nikko, Kuala Lumpur.
 
Zaharuddin Muhammad. 2004. Maqasid al-Shari'ah fi Zakat al-Ma'adin wa Tatbiqatiha fi al-'Asr al-Hadir. Tesis Master. Universiti Kaherah, Mesir.
 
Rujukan Elektronik
Suruhanjaya Sekuriti.2009.Dana Unit Amanah di Malaysia-Ringkasan Statistik. http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=658&menuid=751&newsid=&linkid=&type=. 13 Januari 2009.
 
BAYARAN SAGUHATI
Bayaran saguhati akan diberikan kepada penulis yang artikelnya berjaya diterbitkan dalam Jurnal Muamalat.