Setiap kali umat Islam menyambut Hari Raya Korban atau IdulAdha amat sinonim dengan program pelaksanaan Korban/Aqiqah. Justeru, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) turut melaksanakan program Qurban & Aqiqah yang telah disertai seramai 71 orang peserta yang mengambil bahagian penyertaan. Seawal jam 8.00 pagi penduduk sekitar Putrajaya telah hadir untuk melaksanakan kerja-kerja gotong-royong majlis berkenaan. Jam 9.00 pagi aturcara menyembelih lembu sebanyak 9 ekor lembu dan 8 ekor kambing. Program telah dilaksanakan bersama-sama penduduk sekitar Putrajaya dan 10 orang anggota bomba selaku sukarelawan.
 
Majlis yang dihadiri oleh 1,500 orang warga Putrajaya. Jamuan tengahari disediakan sejurus selesai aktiviti melapah, memotong dan memasak daging. Selepas solat zohor, daging Qurban diagihkan kepada orang ramai.
 
Kemeriahan hari raya aidiladha menjadi lebih bermakna dengan pengertian pengorbanan yang difahami oleh setiap insan. Semoga pelaksanaan ibadah qurban ini akan mendidik setiap umat Islam agar dapat mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Malah, ia bukan hanya sekadar menjadi amalan ibadah saban tahun namun ia turut menjadi amalan sunnah Rasulullah SAW. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberi khidmat bagi menjayakan program ibadah qurban/aqiqah pada kali ini.
 
Ibadah Qurban Aqiqah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
 
Ibadah Qurban Aqiqah di MTMZA 2
 
Ibadah Qurban Aqiqah di MTMZA 3
 
Ibadah Qurban Aqiqah di MTMZA 4
 
 
 
 
 



QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 23 November 2017.
Jumlah Pelawat :12151501