Term Of Reference (TOR)

KERTAS MAKLUMAN PENUBUHAN
JAWATANKUASA PEMANTAU PORTAL E-MUAMALAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
TUJUAN
 
Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penubuhan Jawatankuasa Pemantau portal e-Muamalat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
 
LATAR BELAKANG
 
2.         Portal e-Muamalat telah dibangunkan khusus untuk memuatkan perbahasan-perbahasan fiqh muamalat di samping menjadi tempat rujukan berautoriti bagi umat Islam negara ini bagi menjawab isu dan permasalahan semasa yang berlegar di dalam masyarakat khususnya yang melibatkan penentuan hukum hakam dalam bidang kewangan, kontrak, perniagaan dan sebagainya. Selain itu, portal ini juga berperanan sebagai pangkalan data yang memuatkan maklumat-maklumat dalam bentuk artikel, glosari, direktori, dan sebagainya di samping mengetengahkan isu-isu semasa dalam industri kewangan Islam di negara ini. Portal e-Muamalat juga akan turut menyediakan pautan ke laman web agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan industri kewangan Islam.
 
3.         Pada 28 September 2010 bersamaan 20 Syawal 1431 Hijrah, portal ini dengan rasminya dilancarkan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Pelancaran portal ini dibuat sempena majlis perasmian Bengkel Eksekutif Kewangan Islam Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia.
 
4.         Bagi memastikan keberlangsungan portal yang ditubuhkan mencapai matlamat, dapat dipantau serta diurustadbir dengan baik, Mesyuarat Cawangan Muamalat dan Sosioekonomi (CMSe) bil.6/2010, JAKIM/(3.00)535/16 Jld.2 (30), bertarikh 20 Jun 2010, perkara 3.2.2 telah bersetuju agar dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemantau Portal e-Muamalat. Justeru itu, surat rasmi perlantikan AJK Pemantau Portal telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, dengan surat JAKIM/(3.00)/586/1(7), bertarikh 21 Oktober 2010 bersamaan 13 Zulkaedah 1431H. Mesyuarat pertama bagi AJK portal muamalat telah berjaya diadakan pada 18 Oktober 2010, dengan surat jemputan JAKIM/(3.00)/586/2/1(4).
 
5.         Sungguhpun Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat telah ditubuhkan sejak Oktober 2010, peranan dan fungsi jawatankuasa ini juga memerlukan nilai tambah bagi menjamin keberkesanan jawatankuasa yang ditubuhkan. Perkara ini selaras dengan saranan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Othman bin Mustapha dalam ucapan dasar beliau bertajuk: “HALATUJU JAKIM DI BAWAH PIMPINAN BARU” bertempat di Masjid Mizan, Putrajaya, pada 25 April 2011 yang mahukan web Jakim sentiasa dikemaskinikan baik dari persembahan atau pun maklumat. Dalam ucapan tersebut beliau menegaskan:
 
Salah satu cara orang ramai mengenali Jakim dengan cepat adalah melalui laman web Jakim. Melihatkan bilangan hits yang direkodkan di laman web Jakim, saya rasa laman web kita  adalah agak popular dan dikunjungi oleh ramai orang setiap masa. Dengan yang demikian adalah perlu laman web Jakim sentiasa dikemaskinikan baik dari persembahan atau pun maklumat.
 
6.         Menyahut saranan dan hasrat Ketua Pengarah (KP) Jakim tersebut, Seksyen Muamalat (SM) selaku pihak yang dipertanggungjawabkan secara langsung dalam menubuh dan pengendalikan portal e-muamalat, mengambil inisiatif untuk memperkasakan peranan dan fungsi Jawatankuasa Portal e-Muamalat yang telah diwujudkan sebelum ini, bagi memastikan hasrat KP menjadikan web Jakim sentiasa dikemaskinikan baik dari persembahan atau pun maklumat dapat direalisasikan.
 
OBJEKTIF JAWATANKUASA PEMANTAU PORTAL E-MUAMALAT
 
7.         Objektif pelantikan Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat adalah seperti berikut:
 
a.    Menjadikan portal e-Muamalat sebagai portal rujukan ilmiah berautoriti dalam bidang muamalat, kewangan dan ekonomi Islam serta diiktiraf oleh semua pihak.
 
b.    Memastikan hasrat Ketua Pengarah Jakim untuk menjadikan web Jakim sentiasa dikemaskini dalam setiap aspek, baik daripada persembahan atau pun maklumat dapat direalisasikan.
 
c.    Memudahkan proses mengenalpasti kekuatan dan kelemahan portal e-muamalat dibuat dari semasa ke semasa.
 
d.    Mendukung aspirasi Kerajaan dalam mempromosi Malaysia sebagai pusat kewangan Islam di persada antarabangsa.
 
FUNGSI DAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
 
8.         Fungsi dan bidang tugas Ahli Jawatankuasa Portal e-Muamalat yang dilantik adalah seperti berikut:
 
a.    Mengemukakan komentar dan pandangan membina ke arah memberi nilai tambah terhadap kandungan dan persembahan sedia ada.
 
b.    Meneliti, menimbang, memperaku dan mencadangkan artikel yang wajar diterbit dan dipaparkan.
 
c.    Mengenal pasti kandungan bersifat ilmiah berbentuk artikel, berita, garis panduan, gambar, rakaman video, pautan, aplikasi dan program berkaitan muamalat, kewangan dan ekonomi Islam untuk dimuat dan dipaparkan.
 
d.    Menyemak, mengenal pasti dan menyediakan maklum balas terhadap kelemahan atau kekurangan portal.
 
KEAHLIAN JAWATANKUASA PEMANTAU
 
9.         Pelantikan dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat dibuat atas nama individu dan tertakluk kepada persetujuan Ketua Pengarah Jakim berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:
 
a.    Mempunyai pengetahuan atau hubungan langsung dalam bidang muamalat, kewangan dan ekonomi Islam.
 
b.    Mempunyai kebolehan memberikan sumbangan idea yang bernas.
 
c.    Mempunyai komitmen dan berkebolehan dalam aplikasi Content Management System   (CMS).
 
10.       Pelantikan ahli Jawatankuasa Pemantau dibuat setiap satu (1) tahun sekali dan selepas tempoh tersebut, pelantikan semula akan dibuat. Dalam hal ini, komitmen ahli Jawatankuasa adalah penting dan akan diambil kira untuk menyambung semula pelantikan bagi tempoh satu (1) tahun berikutnya.
 
11.       Pelantikan ahli baru juga boleh dibuat mengikut keperluan semasa berdasarkan bidang pengetahuan dan hubungan kerja. Pelantikan dan pelucutan ahli Jawatankuasa Pemantau adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan Ketua Pengarah Jakim.
 
12.       Ahli Jawatankuasa Pemantau portal terdiri daripada 16 orang ahli yang merupakan webmaster portal e-muamalat, pegawai-pegawai di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bahagian Penerbitan dan Darul Quran (DQ), yang mempunyai kriteria seperti di para 9. Senarai keahlian adalah seperti di JADUAL 1.
 
PENUTUP
                                                                                                                     
13.       Ahli Jawatankuasa Pemantau yang dilantik diharap dapat memainkan peranan penting dalam menjadikan Portal e-Muamalat sebagai sebuah portal yang berautoriti dan menjadi rujukan semua pihak. Penubuhan AJK Pemantau ini adalah selaras dengan komitmen Jakim sebagai agensi agama di peringkat Persekutuan bagi mendukung inisiatif ke arah memartabatkan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC)). Semoga usaha yang kecil ini beroleh keberkatan daripada Allah SWT.
 
 
 
 
 
 
Disediakan oleh:
Seksyen Muamalat (SM)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
 
 
Jadual 1: Senarai Ahli Jawatankuasa Pemantau Portal e-Muamalat (Sehingga April 2014)
 
Bil
Nama/Jawatan
Catatan
    1.     
Haji Mohamad bin Saari
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
 
Pengerusi
      2.     
Haji Munir bin Haji Md. Salleh
Ketua Penolong Pengarah,
Sekysen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
 
Timb.Pengerusi
        3.     
Shahrul Ridhwan bin S.Ali
Penolong Pengarah
Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Setiausaha
 
        4.
Najmuddin Bin Abdul Karim
Penolong Pengarah Kanan,
Pusat Ekonomi dan Kewangan Islam
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Ahli
      5.   
Mohd Hafiz bin Asmani
Penolong Pengarah,
Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Ahli
 
      6.     
Ahmad Tarmizi bin Mahmud
Penolong Pengarah,
Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Ahli
      7.     
Nor Mazia binti Mohamed Khairuddin
Penolong Pengarah,
Bahagian Pengurusan Maklumat
Ahli
       8.     
Mohd Noor Sukrie Bin Mohd Ridzuan
Pensyarah Syukbah Muamalat,
Jabatan Pengajian Islam, Darul Quran
Ahli
    9.     
Mohd Yusof bin Sham
Penolong Pengarah
Bahagian Penerbitan
Ahli
      10.
Mohd Sham bin Md. Idris,
Webmaster,
Bahagian Pengurusan Maklumat
Ahli
 11.
Zainur Akmar binti Abdul Adi
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Sekretariat
  12.
Mohd Faizal bin Yusof
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Sekretariat
 13.
Selamah binti Mat Saman
Pembantu Hal Ehwal Islam Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Sekretariat
  14.
Azziana binti Azman
Pembantu Tadbir, Seksyen Muamalat,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Sekretariat
 15.
Maznah binti Md Nor
Pembantu Hal Ehwal Islam, Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Webmaster/Sekretariat
 
 
Catatan:
Jawatankuasa Pemantau Portal di atas adalah dengan mengambilkira pertambahan berikut:
a.    Pegawai di Bahagian Penerbitan
b.    Pegawai baru bagi Seksyen Muamalat
 
 
Seksyen Muamalat (SM)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 April 2013