Multaqa Musabaqah-Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 2 Anjuran Dubai International Holy Quran Award yang Berpusat di Dubai UAE pada 7 - 8 Mei 2012

Multaqa Musabaqah-Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa merupakan satu persidangan peringkat antarabangsa yang menghimpunkan ketua/wakil penganjur Musabaqah al-Quran (di Malaysia disebut Majlis Tilawah al-Quran) dari seluruh dunia bagi tujuan penyelarasan program dan perbincangan isu-isu berkaitan musabaqah.
 
Multaqa Musabaqah-Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama telah dianjurkan oleh Pertubuhan Tahfiz al-Quran Antarabangsa, Rabitah al-‘Alam al-Islami pada 28 – 30 Mei 2011 bertempat di Jeddah, Arab Saudi. Pertemuan kali pertama ini bersetuju supaya diwujudkan satu jawatankuasa penganjur bagi menganjurkan Musabaqah-Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa secara tahunan di negara-negara berlainan.
 
Negara tuan rumah akan menanggung segala kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta sepanjang multaqa berlangsung selama dua hari. Multaqa dijalankan dalam bentuk mesyuarat dan perbincangan dengan melibatkan pembentangan kertas-kertas kerja berkaitan.
 
Objektif Program
1.       Mewujudkan penyelarasan penganjuran Musabaqah Tilawah dan hafazan al-Quran di peringkat antarabangsa;
2.       Mengukuhkan strategi dakwah Islamiah dan teras pengajian al-Quran berasaskan pendekatan kesederhanaan melalui pertemuan dan perbincangan sesama delegasi; dan
3.       Mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama antarabangsa dalam pengurusan dan penganjuran program berkaitan al-Quran
 
Penyertaan dan Jumlah Ahli Rombongan
Rombongan ini terdiri daripada dua pegawai iaitu:
 
1        Haji Othman bin Muda (Peserta) Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
2.       Haji Abdul Karim bin Zakaria (Peserta dan Pembentang) Penolong Pengarah JAKIM,  
   
          Jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 40 orang dari 18 buah negara,sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan, dimana salah satunya adalah pembentangan oleh wakil kerajaan Malaysia yang diwakili oleh  Haji Abdul Karim bin Zakaria    Penolong Pengarah JAKIM, Putrajaya, bersama beliau ialah Haji Othman bin Muda   Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, sebagai peserta multaqa tersebut.