Multaqa Penyelia Dan Guru-Guru KAFA Negeri Sarawak

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras program KAFA peringkat Kebangsaan telah mengadakan program Multaqa untuk Penyelia dan Guru-Guru KAFA negeri Sarawak di Pusat Penerangan Islam (IIC), Kuching pada 21 Julai 2009. <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Sarawak merupakan negeri ke 6 yang dipilih untuk mengadakan program seumpama ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Agama Islam Sarawak.

 

Majlis yang dirasmikan oleh Y.B. Senator Mej. Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Hj. Abdul Aziz, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa KAFA Negeri Sarawak, Datu Haji Putit Matzen, pegawai-pegawai kanan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Sarawak serta 550 peserta terdiri dari penyelia dan guru KAFA negeri Sarawak.

 

Y.B. Menteri ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Majlis tersebut melahirkan rasa gembira kerana program KAFA kini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada kerajaan Negeri. Beliau turut melahirkan rasa keprihatinan kerajaan untuk melihat program KAFA dapat dilaksanakan dengan jayanya demi masa depan pendidikan Islam kanak-kanak peringkat rendah.

 

Beliau juga menyampaikan berita gembira bahawa keputusan UPKK bagi tahun 2008 secara keseluruhannya peratus kelulusan adalah 99.84%.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan harapan multaqa ini dijadikan agenda utama JAKIM sebagai saluran untuk mengeratkan dan menyemarakkan hubungan antara guru-guru/penyelia KAFA negeri dengan pihak Kerajaan.

 

 

Para peserta memenuhi Dewan Pusat Penerangan Islam(IIC)

 

Persembahan nasyid daripada guru-guru KAFA Sarawak

 

Y.B. Senator Mej. Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Baharom (B) menyampaikan amanah kepada para peserta program

 

Barisan tetamu VVIP yang hadir