Muzakarah khas
Bertempat di Dewan Syura, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 14 April 2010 baru-baru ini telah berlangsung Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abd. Shukor bin Hj. Husin.
Seramai 11 orang Sahibus Samahah mufti-mufti, 3 orang wakil Mufti dan 5 orang Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja hadir pada Muzakarah Khas yang berlangsung hampir tiga jam iaitu bermula dari jam 9.30 pagi.
Selepas tamatnya sesi Muzakarah Khas tersebut, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli Muzakarah bagi membincangkan isu penubuhan Jawatankuasa Antara Agama.
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Y.Bhg. Dato' Dr. Ismail Ibrahim dan Dato' Nik Mustafa bin Nik Hasan, Ketua Pengarah IKIM.
- Hits : 2189







