Muzakarah Pemahaman Arahan Tetap Pengarah JAIN 2007
Kuching 15 hingga 17 Julai 2012 – Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah berjaya menganjurkan Muzakarah Pemahaman Arahan Tetap Pengarah JAIN 2007 (Garis Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah) Peringkat Negeri Sarawak yang bertempat di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak.
Muzakarah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh Pegawai Penguatkuasa Agama Sarawak (PPA) seramai 60 orang. Antara objektif utama muzakarah tersebut diadakan adalah bagi membolehkan PPA memahami dengan lebih mendalam ‘Arahan Tetap Pengarah JAIN 2007’ yang telah dipersetujui diperingkat pusat untuk diselaras dan digunapakai di negeri-negeri. Perkara tersebut adalah sangat penting bagi mewujudkan keseragaman di dalam tindakan penguatkuasaan Syariah seluruh Malaysia sekaligus dapat memantapkan profesionalisme PPA dalam menjalankan penguatkuasaan berpandukan kefahaman undang-undang yang betul.
Sepanjang muzakarah berlangsung, para peserta diberi pendedahan mengenai tatacara menjalankan siasatan, penyitaan dan pengendalian barang kes, serta penyediaan Kertas Siasatan yang betul dan lengkap mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Antara tajuk ceramah yang disampaikan ialah:
a) Tatacara Sebelum, Semasa dan Selepas Menjalankan Siasatan oleh YBhg. Tuan Haji Rahimin bin
Bani, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka;
b) Tatacara Penyitaan dan Pengendalian Barang Kes dan Tatacara Penyediaan Kertas Siasatan oleh
YBhg. Tuan Haji Azmi bin Talib, Peguamcara dan Peguambela Mahkamah Tinggi Malaya.
Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Khalidi bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak yang mewakili Pengarah, Jabatan Agama Islam Sarawak. Turut serta menyerikan majlis tersebut ialah YBhg. Tuan Yahya bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim dan Tuan Haji Ahmad Sukarno bin Saini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Sarawak.



Peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama tekun mendengar ceramah.

Ceramah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Rahimin bin Bani, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka.

YBhg. Tuan Azmi bin Talib, Peguamcara dan Peguambela Mahkamah Tinggi Malaya menyampaikan ceramah berkaitan tatacara sitaan dan pengendalian barang kes.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah.

YBhg. Tuan Yahya bin Md. Zain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelarasan Undang-Undang, Jakim menyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Penutup muzakarah.

YBhg. Tuan Haji Khalidi bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak menyampaikan ucapan perasmian muzakarah.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh YBhg. Tuan Haji Khalidi bin Ibrahim.

Penyampaian sijil penyertaan kepada wakil peserta.

JAIS turut berbesar hati menyampaikan cenderahati tanda kenangan.

Peserta bergambar kenangan bersama VIP, urus setia Jakim dan JAIS.
Tarikh:
Aug 07, 2012   - Hits : 1029







