Waktu Solat Putrajaya Subuh : 5:53 Syuruk : 7:10 Zohor : 13:20 Asar : 16:36 Maghrib : 19:26 Isyak : 20:37

MyJakim

myJakim merupakan aplikasi mobil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi saluran penyampaian perkhidmatan melalui telefon pintar. myJakim merangkumi 7 modul iaitu Info Solat, Kemusykilan Agama, Direktori Halal, Doa Harian, Logo Halal Diiktiraf, Khutbah Jumaat dan Yassin.

 
Tatacara Menyemak Arah Kiblat Menggunakan Aplikasi myJakim
 
  1. Aktifkan ‘location services’ pada telefon bimbit anda.

  2. Pilih maklumat ‘kawasan’ terlebih dahulu. Untuk memilih maklumat kawasan, sila ke tab ‘solat’. Kemudian klik ‘kawasan’. Pilih kawasan berdasarkan senarai yang telah disediakan(mengikut negeri).

  3. Calibrate telefon bimbit anda beberapa minit terlebih dahulu. Teknik calibrate ini penting bagi memastikan kompas yang terdapat dalam telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik. Teknik calibarate adalah berbeza versi OS telefon bimbit. Sebagai contoh kebiasaan bagi pengguna android, untuk calibrate pengguna perlu menggerakkan dalam pusingan nombor 8.

  4. Untuk menyemak arah kiblat:

    1. Pengguna perlu berada ditengah-tengah ruang bilik bagi mengelakkanb sebarang tarikan daya elektromagnetik sama ada dari bahan-bahan berkaitan besi dan arus gelombang elektrik.

    2. Pengguna perlu meletakkan telefon bimbit selaras dengan dada ketika berdiri bagi mengelakkan pengaruh elektromagnetik tersebut.

    3. Elakkan telefon bimbit diletakkan di atas lantai atau berdekatan dengan dinding bilik.

 

 

Muat Turun

 

 android logo QR http onelink to myjaki

Apple Logo 

    

 

 




QR Code Portal Jakim
Hakcipta © 2015 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada portal ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 ke atas (dengan resolusi 1024 x 768)
Kemaskini Terakhir : 16 Ogos 2017.
Jumlah Pelawat :11502803