Senarai Berita

image Program Bicara Agama Bersama Ustaz Don
Jakim Cawangan Sarawak (JCS) bersama Suraj Trading, Pusat Penerangan Islam (IIC) Kuching, Hikmah Samarahan, dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Samarahan telah menganjurkan Program Bicara Agama semperna sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah pada 17 dan 18 Februari bersama penceramah selebriti TV al-Hijrah, ustaz Don Danial Don Biyajid yang dikenali dengan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di stesen TV al-Hijrah.
image Kunjung Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim Ke Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Tajudin bin Don, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan bersama 3 orang Pegawai lagi iaitu YBhg. Datin Rosslina binti Ahmad Mokhtar, Encik Rosli bin Bidin dan Encik Mohd. Fadli bin Abd. Hamid.
image Jawatankuasa Fatwa MKI Menghadap Tuanku Al-Sultan Kelantan
Bertempat di Istana Negeri Kubang Kerian baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menerima menghadap Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
image JAKIM Rai Saudara Muslim dalam Program Bual Bicara "Indahnya Islam" & Majlis Silaturrahim Saudara Muslim Cina Sempena Tahun Baru Cina 2012.
Klang – 18/02/2012, Unit Saudara Muslim, Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah dengan kerjasama MACMA Selangor telah mengadakan Program Bual Bicara “ Indahnya Islam & Majlis Silaturrahim Saudara Muslim Cina Sempena Tahun Baru Cina 2012 bertempat di Restoran Haji Sharin Low b. Abdullah, Harbour Place, Klang.
image Kursus Training Of Trainer Modul Kursus Smart Integriti Berjaya Melahirkan Fasilitator
image Wacana Minda Siri 1/2012 Mendapat Sambutan Menggalakkan
Jakim Cawangan Sabah dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah berjaya menganjurkan Program Wacana Minda siri 1/2012 bertempat di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada 10 Februari 2012. Sebanyak 12 siri telah diatur sepanjang tahun ini yang melibatkan semua jabatan persekutuan, negeri, agensi agama, NGO Islam dan orang awam.
image Forum Sempena Maulidur Rasul SAW
image Retreat Mahabbah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT 2012
Seramai 50 orang Pemimpin Mahasiswa yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di 15 kampus Institusi Pengajian Tinggi hadir menyertai Retreat Mahabbah Majlis PErwakilan Pelajar (MPP Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2012 yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Wilayah Timur anjuran Bahagian Dakwah, Jakim.
image Institut Dakwah bakal ditubuhkan di Utara
Tidak lama lagi akan tertubuhnya sebuah Institut Dakwah di utara tanahair yang bakal melahirkan pendakwah professional.
image Kami Cinta Rasulullah SAW
“ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga -Riwayat Anas (r.a) “
image Memperkaya Pengalaman Di Negara Brunei Darussalam
Negara Brunei Darussalam memiliki pengurusan hal ehwal islam dan pengurusan masjid yang mantap. Justeru, Yadim Zon Sabah dengan kerjasama Jakim Cawangan Sabah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan ke Negara berkenaan bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2012 yang lepas.
image Muzakarah Penceramah Kursus Pra Perkahwinan Islam 2012
image JAKIM Cawangan Sarawak Sertai Perarakan Maulidur Rasul 1433H
Pada 5 Februari 2012 baru-baru ini,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak (JCS) telah menyertai Perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Stadium Miri
image "Raikan CINTA"
image 199 Huffaz Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran
11 Februari 2012 – Seramai 199 orang pelajar semester akhir program Diploma Tahfiz Al-Quran telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Hafazan Al-Quran anjuran Darul Quran Jakim. Majlis gilang-gemilang tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.