Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Pada 31 Mac 2016, bertempat di JAKIM Putrajaya, satu Mesyuarat Bagi Membincangkan Penyelarasan Penempatan Pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan dengan kehadiran wakil agensi-agensi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Mesyuarat tesebut diadakan bertujuan untuk menyelaras, mengenal pasti peranan dan tugas setiap agensi dalam menjayakan pelaksanaan projek rintis penempatan Pegawai PDRM di JAIS dalam tempoh setahun di samping bagi memastikan pemantauan serta pengawalseliaan terhadap pelaksanaan projek rintis tersebut.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Masri bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM mewakili YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM telah memperincikan tugas-tugas dan peranan bagi setiap agensi yang hadir agar pelaksanaan penempatan Pegawai PDRM di JAIS dapat dilaksanakan pada 1 Mei 2016. Mesyuarat juga telah bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Pemantauan dan Pengawalseliaan projek rintis tersebut yang akan diurusetiakan oleh JAKIM dan dianggotai oleh semua wakil agensi yang hadir.
 
mesyuarat khas penempatan polis 1
 
mesyuarat khas penempatan polis 2
 
mesyuarat khas penempatan polis 3
 
mesyuarat khas penempatan polis 5
 
mesyuarat khas penempatan polis 6
 
mesyuarat khas penempatan polis 7