Kajian Pelaksanaan Ibadah Dalam Kapal Selam
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim melalui Cawangan Falak telah mengadakan lawatan kajian ke Markas Angkatan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pada 4hb Mei 2011 yang merupakan satu-satunya markas kapal selam di Malaysia. Rombongan kajian ini disambut oleh Laksamana Pertama Dato` Pahlawan Mohamad Rosland bin Omar, Panglima Angkatan Kapal Selam. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Dalam Kapal Selam.
Kajian ini diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Mohamad bin Saari, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim. Kajian juga turut melibatkan dua orang ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam sebagai penasihat iaitu YBhg. Prof. Dato` Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin (Universiti Malaya) dan YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz (Universiti Sains Malaysia).
Perbincangan mengenai pembangunan garis panduan ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesiapsagaan pertahanan negara bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi turut juga melibatkan aspek kerohanian.
Bersempena kajian kapal selam ini juga, satu lawatan ke Balai Cerap al-Biruni bagi cerapan hilal Jamadilakhir 1432h bersama Pejabat Mufti Negeri Sabah juga turut diadakan.

Perbincangan sebelum lawatan ke Markas Angkatan Kapal Selam

Gambar Bersama Anggota Markas Angkatan Kapal Selam, Telok Sepanggar, Sabah

Perbincangan Bersama Laksamana Pertama, Panglima Angkatan Kapal Selam

Sesi Soal Jawab

Sesi Penerangan di dalam Simulator Kapal Selam

Sesi Penerangan di atas Kapal Selam

Cerapan Hilal Jamadilakhir 1432H di Balai Cerap al-Biruni, Putatan, Sabah.
Groups:
- Hits : 2493







