VISI
“Memartabatkan undang-undang Islam yang unggul”
 
 
MISI
“Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cekap”
 
 
OBJEKTIF
 
         Objektif Umum
  • "Membangun dan memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia melalui kajian, penggubalan, penyelarasan dan khidmat nasihat"

 

        Objektif Operasi
  • Mewujudkan mekanisma penyelarasan undang-undang yang berkesan melalui forum-forum seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil, Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju (KPNCR), Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam Malaysia (PKJ), Sidang Jemaah Menteri, Persidangan Majlis Raja-Raja, Post Kabinet, Majlis Dialog Undang-Undang dan Mesyuarat Gubalan Undang-Undang.

  • Menjalankan kajian bagi merangka pendekatan-pendekatan yang sesuai ke arah penyelesaian masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.

  • Menyediakan model undang-undang Islam dengan kerjasama negeri-negeri ke arah mewujudkan undang-undang Islam yang dinamik dan seragam.

  • Memastikan khidmat nasihat undang-undang Sivil dan Syarak yang diberi adalah tepat, mengikut peruntukan undang-undang, Hukum Syarak, Perlembagaan Persekutuan, dan dasar negara.

  • Mewujudkan rangkaian kerjasama yang erat dengan agensi pentadbiran agama Islam di seluruh negara.

 

FUNGSI
  • Memberi Khidmat Nasihat dan Pandangan Undang-Undang.

  • Membuat Kajian Mengenai Undang-Undang Islam.

  • Menyediakan Draf Model Undang-Undang Islam.

  • Menyelaraskan Undang-Undang Syarak dan Sivil.

  • Menyeragamkan Undang-Undang Islam Negeri-Negeri.

  • Menyemak Draf Perjanjian dan Memorandum Persefahaman.

 

PIAGAM PELANGGAN
 
Kami beriltizam untuk –
  • memberi pandangan undang-undang yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Hukum Syarak, Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Persekutuan atau Negeri dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.

  • memberi ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri yang dikemukakan oleh Kementerian atau Jabatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

  • menyemak draf perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.

  • menyemak draf undang-undang dan kaedah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan dokumen.

  • menyemak draf garis panduan, peraturan dan arahan tetap dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan dokumen.

  • menjalankan kajian undang-undang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan arahan.

  • menyediakan draf model undang-undang Islam dan kaedah-kaedah dalam tempoh enam (6) bulan selepas diputuskan semua polisi dan dasar.