Para Dai’e Berlatih Di Ranggu Highland Village

 
Pada 23 hingga 25 Mei 2012 yang lepas, Jakim Cawangan Sabah telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (TOT) Pendakwah bertempat di Ranggu Highland Village, Tawau.
 
Kursus selama 3 hari itu telah dibimbing sendiri oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah. Ia berjaya menghimpunkan 36 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pusat Latihan Islam dan Unit Dakwah Jakim Cawangan Sabah, para penggerak dakwah dan guru-guru Kafa Daerah Tawau terpilih.
 
Objektif bengkel ini ialah untuk memberi input kepada peserta mengenai hal-hal berkaitan kejurulatihan dan melatih peserta untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta memantapkan fizikal dan mental para pendakwah dalam mempersiapkan diri sebagai dai'e yang mampu mendepani segala cabaran yang mendatang.
 
Antara pengisian kursus ini ialah slot ice breaking, riadah, tazkirah, qiamullail, Latihan Dalam Kumpulam (LDK) dan Kuliah. Kuliah 1 dengan tajuk “Teknik Ta’aruf Dalam Latihan” telah disampaikan oleh Ustaz Zulkurnain bin Hassan, Pegawai BAKA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu. Manakala kuliah 2 pula telah dibimbing oleh  Ustaz Mohd Zamri bin Shapik, Pegawai di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan tajuk “Apa Itu Latihan dan Perancangan Latihan”. Seterusnya baki slot yang lain telah dikendalikan sendiri oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah.
 
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Y.B Dato Sri Haji Nasir bin Tun Haji Sakaran, Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Tuan Haji Ahmad Zaki bin Haji Arsad, Pengarah Jakim Cawangan Sabah, Penyelia dan guru-guru KAFA Daerah Tawau. 
 
 
Ustaz Zamri menyampaikan kuliah berkenaan tajuk yang diberikan 
 
 
Peserta bersungguh-sungguh dalam acara riadah 
 
 
Peserta bersungguh-sungguh dalam acara riadah 
 
 
Pengarah Jakim Sabah turut menyampaikan kuliah dan bersama-sama dengan peserta sepanjang program ini 
 
 
Peserta berusaha dalam slot LDK yang diberikan 
 
 
Y.B Dato Haji Nasir turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam menjalankan kerja-kerja dakwah 
 
 
Y.B Dato Haji Nasir turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam menjalankan kerja-kerja dakwah