UCAPAN KETUA PENGARAH JAKIM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas
junjungan besar nabi Muhamad s.a.w.
JAKIM
merupakan sebuah jabatan yang menyediakan banyak perkhidmatan hal ehwal
Islam kepada masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia. Pembangunan
laman web ini adalah kesinambungan usaha JAKIM ke arah menyebarkan maklumat-maklumat
Islam dan maklumat yang terkini serta perkhidmatan yang disediakan oleh
Jabatan ini kepada masyarakat melalui internet.
Saya
menaruh harapan yang tinggi agar pembangunan laman web JAKIM ini dapat
meningkatkan kesedaran tentang pentingnya umat Islam mempertingkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja mencakupi bidang agama sebaliknya
dalam bidang ICT kerana melalui usaha inilah akan terbentuknya satu gabungan
sinergi yang baik dalam usaha penyebaran syiar Islam.
Oleh
itu, laman web ini diharap menjadi pencetus ke arah mewujudkan umat Islam
yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” selaras dengan saranan
Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat melayari laman web JAKIM
ini dan mendapat manfaat daripadanya.
Sekian,
terima kasih.
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz
|