Pelawaan Sumbangan Karya dan Manuskrip

Bahagian Penerbitan Jakim sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk karya/manuskrip yang ingin diterbitkan selaras dengan objektif bahagian penerbitan iaitu membangunkan pemikiran ummah dan menyebarkan dakwah melalui bahan-bahan bercetak berunsur Islam dalam pelbagai bidang sama ada karya kreatif dan bukan kreatif.
 
Pengarang berhak menyunting karya yang hendak diterbitkan dan setiap karya yang dihantar akan dinilai dan mendapat persetujuan serta kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Media Cetak. Hanya karya yang diluluskan sahaja akan diterbitkan dan karya yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan akan ditolak. Setiap karya yang telah diterbitkan akan dibayar mengikut kadar yang ditentukan.
 
 
Sumbangan bolehlah dihantar kepada Pengarah Bahagian Penerbitan atau e-melkan kepada:
 
1.Pengarah Penerbitan
2.Penolong Pengarah Buku Umum (PP(P) B5) – norliza@islam.gov.my
3.Penolong Pengarah Risalah (PP(P) B6) – niksuhaila@islam.gov.my
4.Penolong Pengarah Majalah Sinar Rohani (PP(P) M1) – sinar@islam.gov.my
5.Penolong Pengarah Majalah Cahaya (PP(P) M2) – cahaya@islam.gov.my
6.Penolong Pengarah Majalah Pendidik ( PP(P) M3) – didik@islam.gov.my
 
 
Sumbangan karya dan manuskrip dibuka sepanjang tahun.