Pemantauan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam

Bahagian Penyelidikan (Cawangan Kawalan Media) telah berjaya mengadakan pemantauan di premis-premis buku di Shah Alam, Petaling Jaya dan di Batu Caves Selangor pada 5-6 Mei 2010. Pemantauan yang serupa juga dijalankan di Kuala Lumpur pada 12- 13 Mei 2010. Pemantauan bersepadu ini turut disertai beberapa pegawai dari agensi Kementerian Dalam Negeri Shah Alam dan Putrajaya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JAWI).
 
Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk mengenal pasti pengedar, pembekal dan penjual-penjual buku mematuhi garis panduan penerbitan bahan-bahan berunsur Islam terbitan JAKIM. Di samping itu, untuk memberi maklumat dan input semasa kepada pengusaha-pengusaha kedai buku khususnya yang terlibat dalam penjualan buku-buku berunsur Islam serta bahan gunaan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran seperti pemegang kunci, tasbih, khat, alat-alat perhiasan dan seumpamanya.
 
Sepanjang pemantauan di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KDN telah merampas beberapa buah buku yang telah diwartakan haram oleh JAKIM. Pegawai pemantauan telah memberikan nasihat serta menyerahkan buku garis panduan bagi bahan-bahan berunsur Islam yang harus dipatuhi oleh premis-premis buku semasa pemantauan dijalankan.
 
KDN juga merampas beberapa naskhah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN termasuk juzuk-juzuk al-Quran berasingan yang mempunyai kelulusan palsu dan seumpamanya. Pemantauan akan diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan tiada lagi pembekal, pengedar dan penjual mengambil kesempatan menjual bahan-bahan penerbitan yang diharamkan oleh pihak berkuasa agama
 
 
 
Sesi mesyuarat di KDNShah Alam, Petaling Jaya.
 
 
Sesi mesyuarat di Jawi, Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jualan Buku Di Kompleks PKNS, Shah Alam.
 
 
 
 
 
 
Pustaka Haji Abdul Majid.